20 July 2012

PERTUNJUKAN JUARA-JUARA BINA BADAN MR MALAYSIA 2012

Assalamualaikum kawan- kawan.

       Ingat tak Sabtu lepas aku ada join Marathon Aerobic 2 jam? Aku terpilih untuk menyertai pertunjukan aerobic dalam event Pertunjukan Juara- Juara Bina Badan Mr Malaysia 2012 di Boi Fitness Gym pada 18 Julai 2012.



        Masa Pak Ayob ( Jurulatih) bagitahu yang aku terpilih, aku bukan main suka lagi. Hehehe.. So, masa hari kejadian, aku pergi gym dengan junior bilik aku pukul 8 malam. Masa aku datang, pertandingan angkat berat baru bermula. Masa aku datang tu, tak ramai pun orang. Lama sikit, penuh satu gym tu. 

        Tengah syok- syok tengok diorang angkat berat, tiba- tiba ahli bina badan Malaysia masuk. Siapa lagi kalau bukan Sazali Samad. (Itu je pun yang aku tahu selepas Malik Noor.) Hehehe. Fuh, aku tengok badan dia, bukan main besar lagi. Aku yang gemu ni pun terasa kecik je bila berdiri sebelah dia.

        Lepas pertandingan angkat berat tu, bermula acara aku iaitu pertunjukkan aerobic. 5 orang je yang terpilih daripada ramai- ramai hari tu. Aku la salah seorangnya. Aerobiknya, tak ada la lama sangat. Tapi disebabkan ada spotlight, berpeluh jugak la aku satu badan. 

         Agenda seterusnya pula ialah pertandingan bina badan. 4 peserta yang menyertai. Terkejut aku bila tengok badan- badan diorang. Berketul- ketul. Fuh, Berapa lama diorang buat latihan tu kan. Lepas habis je pertandingan tu, ada pemintaan daripada pengunjung yang ingin meliat badan sasa Abang Sazali Samad kita.  

         Aku pun mengambil peluang untuk merakam aksi- aksi yang ditunjukkan oleh Sazali Samad. Aku juga sempat bergambar dengan dia. Terasa diri ni kecil je. Hehehe.. Waktu penyampaian hadiah, aku pun balik. Tak silap aku, dalam pukul 10 lebih.
          


Antara gambar- gambar semasa hari kejadian.. 

Acara angkat berat

110 KG..

Sama tak muka kami. Hahaha.





  Badan dia berketul -ketul
Gambar curi. Hehehe..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

16 July 2012

Latihan Kaki Sangat Menyakitkan!!

Selamat tengah hari kawan- kawan.

           Jom makan tengah hari sama- sama nak tak? Aku pun nak makan jugak. Hari ni, makan nasi segenggam, sayur kacang panjang, sambal belacan dan nuget. Banyak kan. Aish, macam mana nak kurus ni.. huhuh

           Pukul 11 tadi, pergi BOI FITNESS GYM sebab waktu macam tu tak ramai sangat orang datang. Hari ni, memang dah aim nak buat exercise kaki je. Almaklumlah, bentuk badan aku ni macam buah pear. So, kena la shape sikit.

           Mula- mula aku stretching dulu. Lepas tu aku berbasikal selama 5 minit dengan Tabata style. Seterusnya pun exercise kaki je aku buat. Lenguh ok. Terhuyung hayang aku nak berjalan selepas buat exercise tu. hehehe.

           Walaupun penat dan sakit, aku sangat berpuas hati. Sakit tu lah dinamakan pembakaran. Tak sabar aku nak jadi fit. hehehe..


Maxicam Leg Extension ( Yang ni paling sakit) 
Leg Press 
The Inner Outer Thigh Machine (sangat best buat benda ni)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...