12 July 2012

Gembira Bila Berat Badan Turun!!!

Assalamualaikum kawan- kawan.. 

          Lamanya aku tak tulis dalam blog ni. Dah bersawang dah pun. Hari ni, tiba-tiba rasa rajin pula nak menaip. Tajuk entri kali ni tentang luahan perasan aku selepas dapat turunkan berat badan.

          Al-kisahnya, aku mulakan gaya hidup sihat aku ni pada awal bulan April. ( Sihat ke?) hehehe. Aku jaga makan, bersenam dan pergi gym sehingga hari ni dan berjaya turun 6kg. Mesti korang akan cakap, 
"6kg je?" 
"Sikitnya"
"Aku boleh turun lagi lebih la". Memang sikit, tapi amat bermakna bagi aku. 


          Kalau nak dibandingkan diet tanpa makan nasi beberapa bulan, memang dapat turun 15- 20kg tapi lepas tu bila jumpa nasi, macam orang tak pernah makan setahun. Tak nak lah jadi macam tu. Aku masih lagi makan nasi dalam diet aku, tapi cuma satu genggam saja untuk sekali makan.  Aku juga tak ambil apa-apa ubat pelangsingan badan yang sekarang tengah berlumba- lumba mengejar pelanggan.
 
          Walaupun 6kg, bila aku masuk kolej balik selepas cuti semester, ramai kawan-kawan dan lecturer aku tegur tentang perubahan badan dan bentuk muka aku. Waktu tu, hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku sebab apa yang aku buat selama cuti semester hari tu berhasil. 


           Sekarang ni, aku tengah gigih bersenam untuk mendapatkan badan seperti Jamie Eason, Jillian Michaels dan Jennifer Nicole Lee. Aku harap, akan tercapai impian aku ni satu hari nanti. Doakan aku ye kawan- kawan. 

 

 

 

7 comments:

  1. bagus kawan. teruskan usaha anda. aku tadi timbang turun balik weh. aku tak tau penimbang kau tipu atau mmg berat aku turun. hahaha

    ReplyDelete
  2. @MisS BARney hahaha.. timbang berat aku tu memang penipu.. hehehe.. Kalau turun, kira ok la tu.. jom berdiet.. heheh

    ReplyDelete
  3. @ZieRa proses diet la ni. aku amal kan sehari sekali je makan nasi. tgh cuba dlm kuantiti yang sikit je

    ReplyDelete
  4. @MisS BARney yeahh.. bagus2.. kurus sama2.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wauu, tahniah dh kurus =D
    teruskan usaha. jgn bgi gemok pulak. hehe

    ReplyDelete
  6. wahhhh
    best nya turun berat....http://eimah2328.blogspot.com

    ReplyDelete