08 April 2012

Kenapa Ni??

     Baru je nak bermanja- manja dengan blog, dah jadi macam ni. Ziera nak publish di group FB. Tapi dia keluar warning pula. Langsung tak boleh publish. Lepas tu, ziera cuba la edit template. 

    Alih- alih, terus jadi lagu ni. Nak edit semua, memamg tak la kan. Penat oo. Ziera bukannya pandai sangat bab2 edit blog ni. Yang jadi ni pun, tak tidur malam  mengerjakannya. Kenapa ek ziera tak boleh nak publish blog ziera kat FB?? Dia tulis ada BLOKED URL (stuff.pyzam.com)


    Macam mana nak buat ni?? Siapa- siapa yang tahu jalan penyelesaian dia, beritahu ziera ye. Terima kasih.

Dia keluar macam ni bila ziera nak post.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Duit Habis Tapi Tiada Kesan

     Setiap wanita inginkan yang terbaik untuk dirinya dari segi kecantikkan, keterampilan dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan ziera. Ziera memiliki tubuh badan yang agak besar dan gempal. Berat dan ketinggian tidak ideal untuk umur seperti ziera sekarang.


      Ziera teringin untuk memiliki badan yang ramping dan cantik seperti kawan- kawan ziera yang lain. Senang untuk memilih pakaian ketika membeli- belah. Bila ziera fikir-fikirkan balik, dah banyak duit yang ziera-habiskan untuk badan ziera kelihatan cantik seperti slimming center dan pil pelangsingan. Semuanya tak menjadi.


      Dari habiskan ribu- ribu tu tanpa ada kesan, kenapa ziera tak ambil HerbaLife saja kan. Sebab ramai orang kata dia berkesan untuk turunkan berat badan dan pulihkan macam- macam penyakit yang ada dalam badan. Kadang- kadang kita terlupa yang jauh kita cari, yang depan mata lebih elok. 


      Tapi tak mengapa. Pokok pakal, hati kita. Kita perlu kurangkan makan dan banyak senaman untuk badan yang sihat dan cantik. Ziera tengah mengamalkan nasihat Kevin Zahri untuk menurun dan mengekalkan berat badan. 


      Baru seminggu ziera amalkan nasihat ini. Alhamdulillah, ziera boleh kurangkan makan dan lebih rajin untuk bersenam. Sebelum ni, kalau ajak bersenam, ziera la orang yang malas sekali. Tapi ziera nekad, dalam masa 2 bulan ni, ziera perlu turunkan berat badan walaupun sikit. InsyaAllah.



Sasaran ziera akan datang


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...