Lamanya aku tak tulis dalam blog ni. Dah bersawang dah pun. Hari ni, tiba-tiba rasa rajin pula nak menaip. Tajuk entri kali ni tentang luahan perasan aku selepas dapat turunkan berat badan.
Al-kisahnya, aku mulakan gaya hidup sihat aku ni pada awal bulan April. ( Sihat ke?) hehehe. Aku jaga makan, bersenam dan pergi gym sehingga hari ni dan berjaya turun 6kg. Mesti korang akan cakap,
"6kg je?"
"Sikitnya"
"Aku boleh turun lagi lebih la". Memang sikit, tapi amat bermakna bagi aku.

