05 December 2010

Batu Caves -> Batu Gajah ->Tanjung Malim -> Batu Caves


Hari ni,kakak kawan dormmate UNIKOP aku tu kawin. So, aku dijemput di majlis kenduri tu kat Batu Gajah,Perak. Kalau ikutkan,aku xjadi pergi sebab aku kena mengajar budak tuisyen setiap hari Sabtu. Tapi, semalam, aku diberitahu kelas tuisyen tu cancel dan kakak aku p0n cuti hari ni. Tak de la aku kena jaga anak buah aku tu.huhuhu.

Malam tadi,aku ade bagitahu kat ayah aku pasal nak pergi Batu Gajah ni. Kena la bgth dia sebab dia yg bawak kereta. Aku??Harap je ade lesen,tapi hampeh. Hahaha. Ayah aku mcam xnak pergi sebb jauh. yela,aku duk kat Taman Batu Caves. Nak pergi sampai Batu Gajah tu. Tak pening kepala dia. hehehe.. Aku tny kat mak aku lak yg ayah tu nak pergi ke x? Mak aku ckp, "Ayah ko mmg mcm tu.hari ni kate xnak pergi,esok kate nak pergi pulak." huhuhu.. aku harap,betul la tu...

Pepagi tadi,mak aku dah kejut, Dia ckp nak pergi ke tak? Aku pon terkejut gak ngn keputusan ayah aku.huhuh.. Jadi gak g kenduri kawin kakak kawan aku tu. Tengah aku bersiap2,ade insiden yg terjadi pulak. Kunci kereta ayah aku tertinggal kat dlm kereta. Kunci spare kat abg aku. Tapi dia duk kat Batang Kali. Satu keja lak lagi nak tggu abg aku hantar kunci. Dah selesai semua,kitorg bertolak dalam pukul 10.45am.









Dalam perjalanan tu,aku pelik dgn sikap sstgh pemandu ni. Siapa ajar memotong sebelah kiri? Nak kata bodoh,keta semua mewah2. Tgh aku mengomel sorg2 pasal potong sebelah kiri,tuptup ayah aku p0n ikut sama. Aku geleng kepala dibuatnye..huhuh..










Kitorg sampai Batu Gajah dalam Pukul 1.45pm. Aku xambik gambar p0n kat sana. Xde mood nak bergambar. Tapi,gambar aku,aku xlupa ambik. hahaha. Lepas kitorg makan,kitorg singgah Tanjung Malim. Pekena  Pau Yik Mun. Aku makan Pau Ayam dan ayag lak makan pau kacang. Kitorg mula perjalanan balik dalam pukul 5.45pm. Sampai rumah pukul 7.10pm.







Aku bersama Ermaliana..Adik kepada pengantin,Kak Eza..




Aku keletihan. Lepas mandi,mak suruh aku kupas kulit kentang. Aku kupas kentang smbil tg0k Mari Menari. Selepas tu,tg0k cekerama kat TV3 lak. Aku tid0 kul 1.30am.hehehe. Letih mehh..

Wassalam....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

22 November 2010

Happy Time..!!

Aku happy sgt. Satu hari suntuk kuar ngan bf aku,micha n bf dia kat times square. Micha la punya rancangan.Aku p0n xjangka nak kuar. Al kisahnya,minggu lepas,dia anta msg,nak dtg tid0 umah aku. Aku 0k je. Dia ade bgth yg dia nak kuar g TS ngn bf dia. Baru la aku thu niat dia nak dtg rumah aku.

Dia dtg Jumaat malam. Aku cakap ngn mak aku dia dtg sorg,tapi sebenarnye,bf dia jemput dia dari Melaka hantar sampai ke KTM Batu Caves. Malam tu,kitorg sembang sikit2 je sebab dia pon penat dan mengant0k. Ye la,dari pagi berjalan dari Johor sampai malam ke Batu Caves, mane xpenat. So, aku bgi la dia rehat secukupnya. Aku je yg xtid02 sampai kol 6. Nak wat blog ni la punya pasal. Al maklum la, budak baru belajar buat blog. Ketinggalan zaman la kata kan.

Esoknya Sabtu,xde pape aktiviti yg kitorg buat. Cuma online je. Cadang nak g karaoke kat sekitar rumah aku tu. Tapi malas lak nak g. hehe. Malam tu,aku bincang nagn bf aku nak g naik pe la,pergi kol berapa la. Dah set semua,baru aku tid0.

Pagi tadi, mak aku kejut sebab nak g sarapan kat kedai makcik aku kat Bangsar. aku terfikir rancangan aku ngan bf aku,micha ngan bf dia. Aku janji ngan bf aku nak g sama naik KTM Batu Caves sama2. Tapi aku rasa,mmg xjadi. Micha lak,dah janji nak tggu bf dia kat KL Central sbb bf dia duk kat Putrajaya. Dah selesai makan kat kedai makcik, ayah aku nak hantar kitorg kat Monorel KL Central.  tapi,tetiba dia bincang ngan mak,dia tukar plan. Dia anta kit0rg betul2 kat Times Square. Melepas la aku nak g sama ngn bf aku.hehehe


Time ni kat kedai makcik aku..


Kitorg sampai kat sana,dalam k0l 11am. Menunggu 2 ekor kumbang tu,adalah dalam satu jam. Lepas dah semua ada,baru la kitorg mula kan perjalanan kitorg. Wah,macam nak travel ke mane ntah.! Hahah. Mula2, kitorg g McD dulu tuk makan sbab bf aku,ngan bf micha l0m mkn lagi. Kesian!! Lepas tu,aku ngan bf aku g beli tiket cite ‘SKYLINE’ kol 4.30pm. Micha ngn bf dia melencong tempat lain. Biasa la,dah lama xjumpa.huhuhu.  Sementara tunggu pukul 4.30pm, kitorg jalan2 dan main bowling. Dah nak k0l 4.30pm,kitorg g beli popcorn. Rupa2nya,micha ngn bf dia p0n beli tiket cite yg sama gak.

Cite ni,xde la best sgt. Biasa2 je. Aku rasa mcm aku penah tg0k cite yg serupa mcm cite ni. Tapi, xth tajuk dia apa. Movie tu abes k0l 5.45pm. Lepas tu,kirg jalan2 lagi. Aku  berjalan sambil mencari hadiah hari jadi bf aku pada 26 Nov ni. Tapi bg awal la. Klu nak bg 26 ni,xmungkin la dapt bg sebab xleh kuar. Jalan punya jalan,dapat la gak baju T yg xseberapa. Jenama Diesel warna coklat cair. Mak aku dah bertalu2 call tanya ukul berapa nak balik. Dalam pukul 6.30pm kitorg berangkat balik naik monorel ke Kl central. sampai sana,kitorg tukar KTM g Batu Caves.then sampai Batu Caves dalam pukul 7.45,ayah aku ambik.

Happy sangat. Sampai je rumah,aku terus mandi dan mak aku wat benjo.hehe lapar giler. Makan nasi lemak kat kedai makcik ngan popcorn wayang je.huhu...













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

18 November 2010

P1 Yg Lembab





Aku guna P1 W1max dah dekat setahun lebih..Masa permulaan aku guna P1,mmg lembab giler...Guna plak komputer yg lembab...Bertambah lembab la line P1 tu...

Bila aku sambung belajar kat UNIKOP bulan 7 aritu,ayah aku belikan laptop tuk aku..mmg dah lama aku idam2 kan selama ni..dalam 3 bulan aku guna laptop baru tu,tetiba hard disk rosak lak...bukan tetiba p0n..salah aku jugak..aku guna laptop tu dari pagi sampai malam,dari malam sampai pagi...dah tu,jarang pakai cool fan lak...abg aku tkar hard disk baru dalam RM 130..habis semua data2,gambar dan sebagainye hilang..satu keja lak nak mencari semua tu..mak aku,asyik padan kan muka aku je..huhuu..mmg 'PADAN MUKA' ..hahhau

 Baru nak masuk citer yg sebenar..tadi baru mukadimah je..hari tu,aku ade pegi midvalley ngn bf aku..kebetulan ade PC Expo..aku p0n g la menjengah sekejap..jumpa la gerai P1 W1max..diorg ade package baru..memandangkan aku ade modem dia,so,aku boleh la langgan broadband dia dgn harga RM 20 + dgn bill skrg..aku berminat...tapi nak register time tu xleh..coz P1 ni register atas nama mak aku tahun lepas sebab bawah 18 thun..huhuh..

esok nye,aku ajak mak aku g NSK selayang sbb nak daftar P1 broadband tu..aku beli super winggy..bulan2 tambah RM 30 dgn bill P1 skrg..dia kata 2 jam dah leh guna..tapi dah satu hari aku tggu xleh2 gak..aku call reseller tu lek..dia kate, aku l0m byr bil lagi..sebab tu xaktif..nasib baik siang tu,kakak aku dah tlg byr kan kat maybank..mlm tu, aku tg0k kat akaun P1 aku,dia dah aktif..tapi,yg aku hairan nye,brdband tu xleh guna lagi kat laptop aku..sejak tu,aku asyik call P1 careline je..abes kedit aku..huhuh...diorg suh aku bawak laptop ngn brdband tu g jumpa reseller kat Tesco Extra Selayang..

Aku p0n g la ngn mak aku,bwk sekali laptop ngn resit pembelian tu..sampai kat sane,dia suh tggl kan brdband tu pastu s0k dtg lek..dia tg0k,pe masalah brdband tu...dtg sekadar bg dia benda tu je..nsib baik rumah dekat..klu jauh,xberbaloi langsung..

Esoknye,dia call..dia ckp,winggy yg aku beli baru lagi..so coverage xstabil lagi..dia kata,klu nak guna yg tu gak,tggu 2minggu..klu x,beli winggy yg Rm20 tu..gila ko nak tggu sampai 2 minggu..klu aku tggu,bil dah masuk,aku xdpt guna lagi..byk cantik..aku p0n tukar la brdband RM20 tu..ayat yg sama gak..lepas 2 jam dah leh guna..

aku p0n tggu la sampai 2 jam..xleh gak..aku tg0k kat dlm akaun P1 aku, yg lama nye dia xbatal kan lagi..xpela..ku sabar..aku ckp dlm hati,maybe,es0k dah leh..erm...tapi hampeh gak..aku call careline dia..mcm2 la diorg ckp..aku tggu sampai 3 hari...xaktif2 gak..mak aku dah bengang + berapi..dia suh aku return broadband tu..aku ckp,nanti la dulu..mak aku membebel je..

dah 4 hari xleh guna,aku p0n xtahn gak la..aku call diorg lagi..boleh lak diorg ckp,reseller tu xanta borg terminate..dia suh aku faks salinan borg tu kat dia..aku mane ade mesin faks..so,mls nak pnjgkan cite,aku g balik TESCO EXTRA SELAYANG tu..aku suh terminate broadband yg baru ni gak..mls aku nak tggu..kang klu tggu lama2,aku xdpt pakai,bil kena byr gak..

Malam esoknye,aku check kat akaun P1 aku..masih xterminate gak..aduhh,...ape yg diorg buat ni??xwat keja ke..?rutin aku,asyik call careline service diorg je...aku cite la kat dia mslh aku..dia leh ckp,reseller tu xanta..adoii...dah 2x mcm ni...penat la mcm ni klu hari2...dia suh aku emel kan borg tu kat dia..nasib baik scanner lama aku masih berfungsi..aku scan borg tu,aku emel kat diorg..uhhhh..wat sakit jiwa aku ngn diorg ni la..skrg ni,aku ngh tggu diorg terminate kan brdband tu...klu xjadi gak,aku serang ofis diorg ni nanti...huhu...

Wassalam....
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...