Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

15 July 2012

Belum Puasa, Dah Beli Baju Raya~~

Selamat petang semua..

       Korang dah minum petang? Sekejap lagi aku dengan mak, ayah dan mak lang nak pergi makan malam dekat Hulu Langat. Makan ikan bakar. SEDAP!! 

      Tengah hari tadi, aku, mak dan ayah pergi cari baju raya. Belum puasa lagi, dah sibuk nak beli baju raya. Ish3.. Teruk betulkan.. hehehe..

       Mak beli baju untuk pagi raya dekat Wangsa Walk. Ayah pula, beli bahan dekat Nagoya, lepas tu dia tempah baju melayu dekat Maroz. Tiap- tiap tahun, ayah memang tempah baju dekat situ sebab jahitan dia cantik. Harga pun murah.

      Aku??? Aku belum beli lagi. Tak ada yang berkenan dan pulus tak cukup. Aku cuma cuci-cuci mata je dulu. Bila dah berkenan nanti, baru beli. 

     Tema raya kitorang tahun ni....... Rahsia!!! Raya pertama nanti, aku update gambar satu family dengan warna tema kitorang. Hehehe.. Yang penting, raya tahun ni, VOUGE.. hahaha.. Hazierah la kata kan. Ofcourse la kena glamours.

Ayah beli bahan untuk Baju Melayu dekta sini.. Taraaaa...

Tempat ayah tempah Baju Melayu.. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

16 September 2011

Memenatkan Kaki dan Membuang Duit ~~

    Penatnyeeee...!!! Baru balik dari Times Square bersama dormmate.. Kitorg bertolak dari kolej pergi sana pukul 11am naik Bas pergi Chow Kit.  Pastu naik Monorail sampai TS.. Byk pulak stesen kitorg..heheh



    Kitorang tgok wayang citer The Smurfs yg comel tu pukul 12.50pm.. Kelakar and Best citer dia..Lepas tgok wayang,kitorg g isi perut kitorg yg tgh kelaparan tahap gaban sebab dari pagi xmakan,..Aku dan Yana makan Subway. Qila pulak makan McD..

     Lepas makan, kitorang jalan2 cuci mata.. Aku beli Pashmina warna PURPLE dan Beg Mekap polka dot warna PINK PUTIH.. Kitorg tawaf TS tu ade la dlm 10 kali.. Naik turun, Ke hulur ke hilir.. Dah la aku dgn Yana pakai kasuk "Wedges".. Lenguh kaki kitorg...
    
     Balik pulak, kitorang jalan kaki pergi LRT stesen Hang Tuah nak ke stesen Bandaraya.. Sampai je depan Sogo, kitorg tunggu bas U10.. Hujan selebat- lebatnya... Nasib baik hujan masa nak naik bas.. Kalau hujan masa jalan kaki tadi, tak ke parah...ish3...
    
      Dalam pukul 6.15 tadi, baru sampai kolej.. xsempat mandi lagi, terus update blog... Nak bagi korang tgok gambar2 kitorg..Tu yang dok kalut ni..heheh... Jgn JELES,...



Dalam Bilik Sebelum Gerak
Tunngu Bas
Ayu Tak Kami?? Hahhaha
Yana & Aquila
Posing Dulu..

S A W A N

Depan Pintu Penjara Pudu..( boleh gak)

Tunggu Bas Nak Balik

SssssHhhhhh







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

05 December 2010

Batu Caves -> Batu Gajah ->Tanjung Malim -> Batu Caves


Hari ni,kakak kawan dormmate UNIKOP aku tu kawin. So, aku dijemput di majlis kenduri tu kat Batu Gajah,Perak. Kalau ikutkan,aku xjadi pergi sebab aku kena mengajar budak tuisyen setiap hari Sabtu. Tapi, semalam, aku diberitahu kelas tuisyen tu cancel dan kakak aku p0n cuti hari ni. Tak de la aku kena jaga anak buah aku tu.huhuhu.

Malam tadi,aku ade bagitahu kat ayah aku pasal nak pergi Batu Gajah ni. Kena la bgth dia sebab dia yg bawak kereta. Aku??Harap je ade lesen,tapi hampeh. Hahaha. Ayah aku mcam xnak pergi sebb jauh. yela,aku duk kat Taman Batu Caves. Nak pergi sampai Batu Gajah tu. Tak pening kepala dia. hehehe.. Aku tny kat mak aku lak yg ayah tu nak pergi ke x? Mak aku ckp, "Ayah ko mmg mcm tu.hari ni kate xnak pergi,esok kate nak pergi pulak." huhuhu.. aku harap,betul la tu...

Pepagi tadi,mak aku dah kejut, Dia ckp nak pergi ke tak? Aku pon terkejut gak ngn keputusan ayah aku.huhuh.. Jadi gak g kenduri kawin kakak kawan aku tu. Tengah aku bersiap2,ade insiden yg terjadi pulak. Kunci kereta ayah aku tertinggal kat dlm kereta. Kunci spare kat abg aku. Tapi dia duk kat Batang Kali. Satu keja lak lagi nak tggu abg aku hantar kunci. Dah selesai semua,kitorg bertolak dalam pukul 10.45am.









Dalam perjalanan tu,aku pelik dgn sikap sstgh pemandu ni. Siapa ajar memotong sebelah kiri? Nak kata bodoh,keta semua mewah2. Tgh aku mengomel sorg2 pasal potong sebelah kiri,tuptup ayah aku p0n ikut sama. Aku geleng kepala dibuatnye..huhuh..










Kitorg sampai Batu Gajah dalam Pukul 1.45pm. Aku xambik gambar p0n kat sana. Xde mood nak bergambar. Tapi,gambar aku,aku xlupa ambik. hahaha. Lepas kitorg makan,kitorg singgah Tanjung Malim. Pekena  Pau Yik Mun. Aku makan Pau Ayam dan ayag lak makan pau kacang. Kitorg mula perjalanan balik dalam pukul 5.45pm. Sampai rumah pukul 7.10pm.







Aku bersama Ermaliana..Adik kepada pengantin,Kak Eza..




Aku keletihan. Lepas mandi,mak suruh aku kupas kulit kentang. Aku kupas kentang smbil tg0k Mari Menari. Selepas tu,tg0k cekerama kat TV3 lak. Aku tid0 kul 1.30am.hehehe. Letih mehh..

Wassalam....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

22 November 2010

Happy Time..!!

Aku happy sgt. Satu hari suntuk kuar ngan bf aku,micha n bf dia kat times square. Micha la punya rancangan.Aku p0n xjangka nak kuar. Al kisahnya,minggu lepas,dia anta msg,nak dtg tid0 umah aku. Aku 0k je. Dia ade bgth yg dia nak kuar g TS ngn bf dia. Baru la aku thu niat dia nak dtg rumah aku.

Dia dtg Jumaat malam. Aku cakap ngn mak aku dia dtg sorg,tapi sebenarnye,bf dia jemput dia dari Melaka hantar sampai ke KTM Batu Caves. Malam tu,kitorg sembang sikit2 je sebab dia pon penat dan mengant0k. Ye la,dari pagi berjalan dari Johor sampai malam ke Batu Caves, mane xpenat. So, aku bgi la dia rehat secukupnya. Aku je yg xtid02 sampai kol 6. Nak wat blog ni la punya pasal. Al maklum la, budak baru belajar buat blog. Ketinggalan zaman la kata kan.

Esoknya Sabtu,xde pape aktiviti yg kitorg buat. Cuma online je. Cadang nak g karaoke kat sekitar rumah aku tu. Tapi malas lak nak g. hehe. Malam tu,aku bincang nagn bf aku nak g naik pe la,pergi kol berapa la. Dah set semua,baru aku tid0.

Pagi tadi, mak aku kejut sebab nak g sarapan kat kedai makcik aku kat Bangsar. aku terfikir rancangan aku ngan bf aku,micha ngan bf dia. Aku janji ngan bf aku nak g sama naik KTM Batu Caves sama2. Tapi aku rasa,mmg xjadi. Micha lak,dah janji nak tggu bf dia kat KL Central sbb bf dia duk kat Putrajaya. Dah selesai makan kat kedai makcik, ayah aku nak hantar kitorg kat Monorel KL Central.  tapi,tetiba dia bincang ngan mak,dia tukar plan. Dia anta kit0rg betul2 kat Times Square. Melepas la aku nak g sama ngn bf aku.hehehe


Time ni kat kedai makcik aku..


Kitorg sampai kat sana,dalam k0l 11am. Menunggu 2 ekor kumbang tu,adalah dalam satu jam. Lepas dah semua ada,baru la kitorg mula kan perjalanan kitorg. Wah,macam nak travel ke mane ntah.! Hahah. Mula2, kitorg g McD dulu tuk makan sbab bf aku,ngan bf micha l0m mkn lagi. Kesian!! Lepas tu,aku ngan bf aku g beli tiket cite ‘SKYLINE’ kol 4.30pm. Micha ngn bf dia melencong tempat lain. Biasa la,dah lama xjumpa.huhuhu.  Sementara tunggu pukul 4.30pm, kitorg jalan2 dan main bowling. Dah nak k0l 4.30pm,kitorg g beli popcorn. Rupa2nya,micha ngn bf dia p0n beli tiket cite yg sama gak.

Cite ni,xde la best sgt. Biasa2 je. Aku rasa mcm aku penah tg0k cite yg serupa mcm cite ni. Tapi, xth tajuk dia apa. Movie tu abes k0l 5.45pm. Lepas tu,kirg jalan2 lagi. Aku  berjalan sambil mencari hadiah hari jadi bf aku pada 26 Nov ni. Tapi bg awal la. Klu nak bg 26 ni,xmungkin la dapt bg sebab xleh kuar. Jalan punya jalan,dapat la gak baju T yg xseberapa. Jenama Diesel warna coklat cair. Mak aku dah bertalu2 call tanya ukul berapa nak balik. Dalam pukul 6.30pm kitorg berangkat balik naik monorel ke Kl central. sampai sana,kitorg tukar KTM g Batu Caves.then sampai Batu Caves dalam pukul 7.45,ayah aku ambik.

Happy sangat. Sampai je rumah,aku terus mandi dan mak aku wat benjo.hehe lapar giler. Makan nasi lemak kat kedai makcik ngan popcorn wayang je.huhu...













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...