Showing posts with label Saja-saja. Show all posts
Showing posts with label Saja-saja. Show all posts

15 July 2012

Kain Murah- Murah!!!

Assalamualaikum..

          Aku bukan nak menjual kain ye malam- malam ni. Cuma aku nak bagi tahu tentang Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang telah dilancarkan semalam 14 Julai 2012 di Batu 14 Hulu Langat.

          Petang tadi, Mak Lang aku teringin nak pergi tengok kedai kain tu. Kebetulan pulak kitorang memang nak pergi makan ikan bakar dekat sana. So, singgah lah sekejap. 

          Ramai jugak la orang pergi mencuci mata dan dompet dekat situ. Harga dia pun murah- murah juga. Tapi kualiti dia biasa- biasa je. Memang jenis kain murah. So, tak hairan la kalau dia jual murah.

          Harga sepasang baju melayu dalam RM40, baju kurung kain cotton pulak, RM50 sepasang dan macam-macam lagi la.

          Aku, mak, dan mak lang tak beli apa- apa pun. Kitorang datang cuma nak tengok- tengok je. Sesiapa yang nak beli baju untuk hari raya ni, boleh la berkunjung ke Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Batu 14, Hulu Langat. 

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Penduduk yang berkunjung untuk membeli belah


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Belum Puasa, Dah Beli Baju Raya~~

Selamat petang semua..

       Korang dah minum petang? Sekejap lagi aku dengan mak, ayah dan mak lang nak pergi makan malam dekat Hulu Langat. Makan ikan bakar. SEDAP!! 

      Tengah hari tadi, aku, mak dan ayah pergi cari baju raya. Belum puasa lagi, dah sibuk nak beli baju raya. Ish3.. Teruk betulkan.. hehehe..

       Mak beli baju untuk pagi raya dekat Wangsa Walk. Ayah pula, beli bahan dekat Nagoya, lepas tu dia tempah baju melayu dekat Maroz. Tiap- tiap tahun, ayah memang tempah baju dekat situ sebab jahitan dia cantik. Harga pun murah.

      Aku??? Aku belum beli lagi. Tak ada yang berkenan dan pulus tak cukup. Aku cuma cuci-cuci mata je dulu. Bila dah berkenan nanti, baru beli. 

     Tema raya kitorang tahun ni....... Rahsia!!! Raya pertama nanti, aku update gambar satu family dengan warna tema kitorang. Hehehe.. Yang penting, raya tahun ni, VOUGE.. hahaha.. Hazierah la kata kan. Ofcourse la kena glamours.

Ayah beli bahan untuk Baju Melayu dekta sini.. Taraaaa...

Tempat ayah tempah Baju Melayu.. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

13 July 2012

Saya Dapat Topup Free!!!

Selamat petang kawan-kawan..

    Aku baru je habis kelas BEL312. Balik- balik, terus update blog. Sepatutnya hari ni ada 3 kelas. Tapi lecturer ECO211 tak sihat, kelas ada 2 je la.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

20 April 2012

Meremang Bulu Roma Kalau Korang Dengar!!

               
            Korang pernah tonton movie "Burlesque" tak? Walaupun movie ni banyak sangat yang seksi, tapi Ziera suka dengan lagu- lagu dia. Pelakon dalam cerita ni ialah Christina Aguilera dan Cher.

Salah satu lagu kegemaran Ziera dalam movie ni. Maaf ye kalau terlampau SEKSI..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

19 April 2012

Mak Saya Buat Pau.. SEDAP!!!

               Setiap petang mesti ada je juadah yang mak Ziera buat untuk dijamukan kepada ayah balik kerja dan cucu-cucunya balik sekolah. Petang semalam mak buat pau. Macam-macam inti mak buat. Ada pau inti kacang, kaya dan kentang. 
              
              Banyak mak buat semalam. Ada lebih lagi, mak kukus balik untuk makan petang ni. Korang nak ke?? Nah, ambik la ni. heheheh.. 




Meh klik SINI. Terima kasih..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Basah Lencun!!

                

               Sebelum Ziera tidur semalam, ziera ada download video- video untuk fitness. So, tadi Ziera try la buat. Best gila. Habis berpeluh satu badan. Basah lencun baju Ziera. Nasib baik belum mandi lagi) hahaha..

                Harap- harap, Ziera workout dekat rumah berkesan untuk turunkan berat badan yang tembam ni. Dan Ziera harap, Ziera tak hangat- hangat tahi ayam je. ( Bak kata kawan Ziera) hehehe..

                Kalau korang nak try, boleh download video tu di Youtube. Ni antara video yang ziera download.

p/s: Jom sama- sama kita kuruskan dan sihatkan badan. Jom klik SINI..


 


 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

18 April 2012

Gian Nak Make- Up Kan Orang!!

Tolong klik SINI dan SINI dulu. Terima Kasih..


               Dah lama Ziera tak make- up kan muka orang lain. Muka Ziera pun dah jarang pakai make- up. Kalau dekat kolej, ada je mangsa yang sudi dan paksa rela dimake- up oleh Ziera. Skill make- up kan orang belum hebat lagi, tapi boleh la sikit- sikit. Baru belajar.
               
              Ziera ingat, cuti semester ni nak join kelas make- up oleh Epie Temerloh. Sentuhan dia memang magical. Cantik sangat. Tapi budjet dah lari. Tak apalah, masa masih panjang lagi. Next time, Ziera join kelas yang dia buat. Korang kalau minat make-up dan nak belajar dengan Epie ni, jom la. 

Antara hasil sentuhan Epie..
Shiha Mentor sewaktu ABPBH
Yatt


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Geram Betul Aku Tengok Rebecca Nur Islam Ni!!!

                  Ziera geram dengan Rebecca Nur Islam sebagai Huda dalam cerita 'Cinta Buat Emelda'. Asyik nak naik angin dan moody je. Dengan Emelda dia tak suka, dengan Hakimi BF adik dia pun dia tak suka. Suami dia pun sama je perangai macam dia jugak. 

                  Kita menyampah dengan Huda bemakna, Rebecca dah berjaya membawa watak tu dengan berkesan. Tak sabar nak tengok episod seterusnya. 





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Patutlah Orang Kata Aku Dah Bertunang!!

            " Ziera dah bertunang ke?" 
            " Bila nak kahwin?"
            " Lawa cincin. Baru bertunang ekk?"
        
            Soalan- soalan macam tu selalu sangat Ziera dengar bila jumpa dengan orang yang tak berapa kenal rapat dengan Ziera. Pagi tadi baru Ziera perasan kenapa diorang cakap macam tu.


        Ni lah jawapan dia. Ziera baru tahu, yang selama ni Ziera pakai cincin orang bertunang. Mana lah Ziera tahu. Ziera tengok cantik, Ziera pun beli lah. Lagipun, waktu Ziera beli cincin ni, Ziera dapat gaji masa bekerja sementara tunggu result SPM. hehehehe..

Jadinya, Ziera belum bertunang lagi tau. InsyaAllah akan datang bila sumbangan anda beri dah bertambah. Tolong klik SINI dan SINI. Terima Kasih..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

17 April 2012

Putus Tunang, Tuntut RM1 Juta !!!

                 
                     Kelakar kan tajuk tu. Masa Ziera dalam perjalan pergi Gym pagi tadi, Ziera dengar berita di radio Bernama. Diorang putus tunang lepas tu nak tuntut RM 1 juta. Hahaha. Dah putus, putus je lah. 
                     
                    Dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Ni sampai pergi jumpa lawyer la bagai. Si perempuan tuntut kepada pihak lelaki RM400 ribu. Si lelaki pulak, balas balik dengan tuntut sebanyak RM900 ribu. Wow... Kaya3...
                     
                   Bagi pendapat Ziera, tak payah la kotang nak bertuntut tuntut ni. Buat malu je sebab cerita korang keluar dekat berita. Mungkin ada hikmah disebaliknya. 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Proton Lancarkan Kereta Berinternet 4G..(Aku Baru Tahu)

                   Ziera baru tahu berita ni. Rupanya dah lama. Buat malu je. Apa- apa pun syabas Ziera ucapkan kepada Proton kerana melancarkan kereta yang canggih sebegini di Malaysia. Kereta ini dilengakapi dengan Internet YES 4G bagi penggunaan GPS kepada pemandu dan keselamatan yang tinggi dijamin oleh Proton.

                  Tetapi teknologi kita masih jauh ketinggalan di belakang dengan negara- negara canggih seperti Amerika dan Jepun. Walau bagaimanapun, ini adalah permulaan yang baik bagi Malaysia mengikut peredaran zaman yang berteknologi tinggi. 

p/s: So, lepas ni kita berblogging di dalam kereta je la ye. Hehehehe.. ( Gurau je)









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

15 April 2012

Ratu Air Mata.. Jawa Cakap GEMBENG!!

              Ha... Kenapa ada bahasa jawa pula entry kali ni.? Saja je letak sebab ayah Ziera orang jawa dari Perak. So, dia selalu cakap perkatan 'Gembeng' tu dekat anak buah Ziera sebab dia suka nangis.Gembeng ye, bukan kambing. Hahaha..

              Sekarang ni, banyak sangat Program Realiti TV yang disiarkan. Contohnya, ON AIR, MENTOR, PILIH KASIH, MASTERCHEF dan lain -lain lagi. Kalau kita tengok je program- program ni, mesti ada je peserta -pesrta yang menitiskan air mata. 

              Ziera pernah tanya dengan mak Ziera yang Ziera nak masuk salah satu program- program tu. Mak Ziera cakap: 

" Ah, kau bukan boleh masuk benda- benda macam ni. Nanti sikit- sikit nangis. Kau tu bukan tahan kena marah. Nanti mula la keluar air mata kau tu." 
             
           Hahahaha. Betul cakap mak tu. Ziera ni cepat sensitif dan menangis. Orang cakap sikit pun, dah Touching. Erm.. Macam mana nak buat diri supaya tak cepat melelehkan air mata?? Cer Jawab..






p/s: Jangan nangis banyak sangat, nanti jadi Kassim Selamat. hehehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

14 April 2012

Video Perkahwinan Yang Tak Seberapa..

             Ziera suka ambil gambar dan rekod video. Kalau ada masa, Ziera selalu explore software yang boleh edit gambar dan video yang senang untuk digunakan. Ziera bukan photographer tapi teringin nak ada DSLR.. hehehe... InsyaAllah.

            Masa sepupu Ziera kahwin, Ziera buat video guna Express Music 5800 je.. Ni lah hasilnya. Selamat menonton. Maaf kalau kualiti tak bagus. (Kalau diikutkan video asal nampak terang sikit dari video ni, tapi disebabkan format video ni terpaksa dikecilkan, tu yang tak berapa jelas)




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

BLOGGER Popular !!!

                 Ziera ni bukan la blogger yang tegar sebab sejap tenggelam sekejap timbul. Tapi Ziera tahu 'dia' ni memang popular dalam kalangan blogger- blogger kerana intipati tulisanya di dalam blog.

                Siapa lagi kalau bukan Abang BEN ASHAARI. Blogger yang badan SASA tu. jatuh cinta tengok badan dia. heheheh Mesti la korang kenal.

                 Hari tu Ziera Follow Twitter dia.  Semalam bila Ziera tengok connection, dia Follow Ziera balik. Teruja OK. Tak kisah la korang nak cakap jakun ke apa. yang penting aku teruja. Bagus la dia ni, orang Follow dia, dia Follow balik.

                  Ziera tahu la korang pernah @ selalu jumpa dia dalam perjumpaan blogger, tapi ziera nak bangga juga. Ceh, ayat tak boleh bla.

                 Entry ni lebih kurang sama dengan Adik Iera..



Kepada Abg BEN, terima kasih ye..


Lihat bulatan merah

Siapa yang belum daftar Churp Churp, Meh klik SINI


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

12 April 2012

SEGMEN --> SAPE NAK JADI KAKI FOLLOWER

                  Assalamualaikum dan selamat tengah hari kawan- kawan ku yang budiman

             Dah makan ke belum? Kalau belum pergi la makan dulu. Nati lapar, susah nak buat kerja pulak. Kalau dah makan, tolong klik dekat sini sekejap boleh? SINI & SANA ---> Terima kasih.

             Hari ni, Ziera nak join segmen yang baru pula. Korang tak nak join ke? Meh la sama- sama join. Boleh kita tambah kenalan.

Tarikh Tutup ialah 20 April 2012 pada jam 12am

Klik pada gambar untuk join


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

11 April 2012

Segmen Blogwalking & Review By AzRiey

       Assalamualaikum rakan-rakan ku sekalian.

Sebelum tu, minta tolong korang klik ni jap boleh? Sini & Sana

           Terima kasih. :) Ziera sekarang tengah gila blog balik. Al-maklum la tengah cuti semester 2 bulan. So, mengadap laptop je la. Masuk kolej nanti, mesti senyap beberapa bulan. Hehehe..
         
           Ziera tengah berkobar-kobar nak join segmen yang diterajui oleh En. Azriey ni. Kalau korang nak join, meh tekan dekat gambar bawah ni. Jom ramai-ramai join. Boleh kenal-kenal. ^___^

                     
Cepat-cepat. Tarikh Tutup 17 April 2012


Klik Gambar Untuk Join


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

10 April 2012

Ingat Senang Nak Jadi Pelakon??

     Pada malam 14 Mac lepas, kawan ziera ( Dienna) tanya dekat Ziera " Nak Jadi extra drama tak esok? Kalau nak, inform Dienna cepat ye" Lebih kurang macam tu la. Mula-mula memang tak nak, sebab 17 Mac tu ada final exam. tapi bila fikir- fikir balik, apa salahnya. Nak cari pengalaman dan lagi pun kalau extra mesti sekejap je kan.

        Pukul 11.30am esoknya, Ziera bertemankan senior bilik Ziera ( Kak Umie) bertolak ke lokasi penggambaran di Dataran Sunway Damansara. Pendekkan cerita, kitorang naik teksi, LRT, bas dan jalan kaki ke sana. Al-maklum la, Ziera punya lesen frame kan dekat rumah je. Hehehe.. Memang gila. Nak pengalaman punya pasal. 

              Itu baru mukadimah dia je. Ceritanya begini.

         Kitorang sampai lebih kurang pukul 1.30pm, tapi scene ziera sebagai 'Journalist' start pukul 7pm. Tak ke lama kitorang kena tunggu macam orang gila. ( Padahal memag gila) Scene ziera bukannya lama pun. ( watak pun tak ada dialog) Tak sampai 15 minit. Tapi diorang tak shoot untuk secene tu dulu. Malas la nak cakap banyak. Ziera kan EXTRA je.


         Walau apa-apa pun, masa dekat sana Ziera sempat berjumpa dengan REMY ISHAK, DIRA ABU ZAHAR, AZZA AF, AZHAN RANI, FIKHREE BAKAR. Tapi sempat bergambar dengan Dira dan Azza je. Remy Ishak duduk sebelah Ziera lama kot. Ingat nak ambik gambar lambat- lambat sikit. Last-last, lepas dia shoot, dia terus balik. MELEPAS.


          Pengalaman pertama kali shoot drama walaupun jadi extra best la jugak. Harap- harap dapat lagi tawaran macam tu. Hehehe..
p/s : Nak jadi pelakon ni, kena banyak menunggu. SANGGUP?? heheheh.




 
         




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Segmen Jom Tambah Follower bersama Mr. Dracula

Assalamualaikum kawan-kawan.

        Ziera telah diTAG oleh Adik Purple ni untuk join segmen ni. Join ramai- ramai kita menyemarakkan lagi. Hehehe.. (Dah macam apa je)



Kalau nak join, meh klik dekat gambar ni!!!







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...