08 October 2011

Sudah Sampai Ajal..

        Dah hampir 10 tahun mak aku jaga dia. Dulu dia kurus je. Bila mak jaga dia, dia jadi gemuk sampai tak larat nak angkat. Berat dia dulu lebih kurang 8kg. Dia adalah seekor kucing yang diberi nama "Comot"

       Hari ni, 7 Oct 2011 pada pukul 4.25 petang tadi, dia dah mati akibat sakit tua. Comot mati dalam perjalanan nak balik rumah sebab sebelum tu, mak bawak dia pergi klinik kucing. Aku tengok mata mak merah sebab menangis. Aku tak berkata apa. Mungkin dah ajal dia. 


      Comot ni manja dengan mak dan ayah aku. Dulu, kalau mak aku masuk tidur, dia mesti dah ada dalam bilik dulu nak tidur sama. Kalau mak tak bagi masuk, mulut dia bising je. Lepas ni,dah tak ada lah dengar suara comot minta air dekat bilik air sebab dia ni suka minum air yang mangalir, bukan macam kucing mak yang lain. 

      Aku nak tunjukkan gambar Comot, tapi kitorang satu family jarang ambik gambar dengan kucing sebab orang kata, diorang akan cepat mati. Tak tahu la, orang yang kata. huhuhu... Cukup la korang tahu yang badan Comot tu bertompok hitam dan putih.




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirimu dan maafkan aku jika aku pernah buat salah terhadap kau.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

1 00 Orang Teruja:

nick dot anis said...

walaupon i takut kucing..n sllu je lari bile nampak kucing but i sedih giler bile dgr kucing mati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...