10 April 2012

Ingat Senang Nak Jadi Pelakon??

     Pada malam 14 Mac lepas, kawan ziera ( Dienna) tanya dekat Ziera " Nak Jadi extra drama tak esok? Kalau nak, inform Dienna cepat ye" Lebih kurang macam tu la. Mula-mula memang tak nak, sebab 17 Mac tu ada final exam. tapi bila fikir- fikir balik, apa salahnya. Nak cari pengalaman dan lagi pun kalau extra mesti sekejap je kan.

        Pukul 11.30am esoknya, Ziera bertemankan senior bilik Ziera ( Kak Umie) bertolak ke lokasi penggambaran di Dataran Sunway Damansara. Pendekkan cerita, kitorang naik teksi, LRT, bas dan jalan kaki ke sana. Al-maklum la, Ziera punya lesen frame kan dekat rumah je. Hehehe.. Memang gila. Nak pengalaman punya pasal. 

              Itu baru mukadimah dia je. Ceritanya begini.

         Kitorang sampai lebih kurang pukul 1.30pm, tapi scene ziera sebagai 'Journalist' start pukul 7pm. Tak ke lama kitorang kena tunggu macam orang gila. ( Padahal memag gila) Scene ziera bukannya lama pun. ( watak pun tak ada dialog) Tak sampai 15 minit. Tapi diorang tak shoot untuk secene tu dulu. Malas la nak cakap banyak. Ziera kan EXTRA je.


         Walau apa-apa pun, masa dekat sana Ziera sempat berjumpa dengan REMY ISHAK, DIRA ABU ZAHAR, AZZA AF, AZHAN RANI, FIKHREE BAKAR. Tapi sempat bergambar dengan Dira dan Azza je. Remy Ishak duduk sebelah Ziera lama kot. Ingat nak ambik gambar lambat- lambat sikit. Last-last, lepas dia shoot, dia terus balik. MELEPAS.


          Pengalaman pertama kali shoot drama walaupun jadi extra best la jugak. Harap- harap dapat lagi tawaran macam tu. Hehehe..
p/s : Nak jadi pelakon ni, kena banyak menunggu. SANGGUP?? heheheh.




 
         




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

2 00 Orang Teruja:

Nour Adieb said...

Wahhh,bestnya :D

ZieRa said...

@Cik Adieb Biasa2 je.. Tak best yang di sangka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...