Showing posts with label Cadangan. Show all posts
Showing posts with label Cadangan. Show all posts

15 July 2012

Kain Murah- Murah!!!

Assalamualaikum..

          Aku bukan nak menjual kain ye malam- malam ni. Cuma aku nak bagi tahu tentang Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang telah dilancarkan semalam 14 Julai 2012 di Batu 14 Hulu Langat.

          Petang tadi, Mak Lang aku teringin nak pergi tengok kedai kain tu. Kebetulan pulak kitorang memang nak pergi makan ikan bakar dekat sana. So, singgah lah sekejap. 

          Ramai jugak la orang pergi mencuci mata dan dompet dekat situ. Harga dia pun murah- murah juga. Tapi kualiti dia biasa- biasa je. Memang jenis kain murah. So, tak hairan la kalau dia jual murah.

          Harga sepasang baju melayu dalam RM40, baju kurung kain cotton pulak, RM50 sepasang dan macam-macam lagi la.

          Aku, mak, dan mak lang tak beli apa- apa pun. Kitorang datang cuma nak tengok- tengok je. Sesiapa yang nak beli baju untuk hari raya ni, boleh la berkunjung ke Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Batu 14, Hulu Langat. 

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Penduduk yang berkunjung untuk membeli belah


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

20 April 2012

Meremang Bulu Roma Kalau Korang Dengar!!

               
            Korang pernah tonton movie "Burlesque" tak? Walaupun movie ni banyak sangat yang seksi, tapi Ziera suka dengan lagu- lagu dia. Pelakon dalam cerita ni ialah Christina Aguilera dan Cher.

Salah satu lagu kegemaran Ziera dalam movie ni. Maaf ye kalau terlampau SEKSI..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

19 April 2012

Basah Lencun!!

                

               Sebelum Ziera tidur semalam, ziera ada download video- video untuk fitness. So, tadi Ziera try la buat. Best gila. Habis berpeluh satu badan. Basah lencun baju Ziera. Nasib baik belum mandi lagi) hahaha..

                Harap- harap, Ziera workout dekat rumah berkesan untuk turunkan berat badan yang tembam ni. Dan Ziera harap, Ziera tak hangat- hangat tahi ayam je. ( Bak kata kawan Ziera) hehehe..

                Kalau korang nak try, boleh download video tu di Youtube. Ni antara video yang ziera download.

p/s: Jom sama- sama kita kuruskan dan sihatkan badan. Jom klik SINI..


 


 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

14 April 2012

Khas Untuk Kaum Wanita SAHAJA !!!

           Korang biasa dengar gym kan. Selalunya gym ni untuk lelaki tambahkan otot- otot diorang. Perempuan pulak, tumpang sekaki je. Hehehe..

           Hari ni, Ziera nak syorkan dekat korang semua tentang gym yang hanya khas untuk perempuan sahaja. Dengar macam Best kan. Memang best pun. Kita bebas dekat situ sebab tak ada mata- mata lelaki yang akan memandang. Kita pun tak ada la nak segan silu.Yuran pun, boleh tahan la, berbanding gym yang lain.

           Nama gym tu ialah Curves. Dia ada 7 cawangan dekat Malaysia iaitu Ampang, Shah Alam, Subang Jaya, Kota Damansara, Bukit Damansara, Taman Tun dan Puchong.

           Ziera baru 2 minggu pergi gym tu. Ziera pergi Curves Ampang sebab dekat (agaknya). Korang tak payah risau kalau tak ada masa sebab gym ni peruntukkan 30 minit saja untuk kita di sana. Lagipun, kita tak boring sebab ada lagu- lagu dan coach yang teman dan pantau kita. 

           Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik SINI, SINI dan SINI.






         
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

KFC Dah Tak Laku !!!

                  Assalamualaikum.. Tolong klik SINI  dulu boleh? Terima Kasih.

             Al-kisahnya, petang semalam Ziera pergi Selayang Capital berhadapan dengan Hospital Selayang temankan kawan Ziera nak beli baju. Kitorang memang tahu tempat tu dah tak ramai pengunjung yang datang, tapi saja je nak tengok- tengok baju kalau- kalau ada yang murah.

             Kitorang masuk-masuk je, sunyi sepi.. Orang PA system buka lagu Kenangan Terindah bukan main kuat lagi sampai kawan Ziera kata " Buka lagu kuat- kuat, tapi orang tak ada"  Hahaha.. Nak cari baju, semua mahal- mahal. Al maklum lah, kedai banyak yang tutup. Sewa pulak mesti tinggi. Tutup je la kompleks kalau dah macam tu.

             Tengah kitorang jalan- jalan, ternampak restoran KFC. Tapi sunyi ya amat. Tak ada pelanggan pun. Habis- habis, pekerja dia yang makan sendiri. Hehehe.. Kesian kan. Kompleks tu dah tak maju, KFC yang ramai peminat pun turut sama tak laku.


KFC lain masih MAJU lagi..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

04 October 2011

Cerita Seram

        29 Oct lepas, aku buka Youtube. Aku cari "kisah-kisah seram". Keluar la macam- macam video. Aku download 5 - 6 video dan bila dah selesai, aku dengan budak bilik aku,dengar sama-sama.

        Video tu suara dari radio je. Seram gak la. Waktu kitorang dengar tu, dalam pukul 12.30 pagi. Waktu "Misteri Jam 12" ke udara mula pada pukul 12am-2am. Kitorang teringin nak dengar kisah tu live dari radio. Rupanya, tu siaran radio Singapura, Ria 89.7FM. So, aku pon cari la siaran tu.


      Cari punya- punya cari, jumpa juga akhirnya. Kitorang pon dengar la sampai habis siaran tu. Seram sejuk gak kitorang dibuatnya. Heheheh...

Kalau korang nak dengar, korang boleh tekan link kat bawah ni.
Radio online >> Ria 89.7FM(Isnin - Jumaat, 12am-2am)
Blog >>Misteri Jam 12







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...