20 July 2012

PERTUNJUKAN JUARA-JUARA BINA BADAN MR MALAYSIA 2012

Assalamualaikum kawan- kawan.

       Ingat tak Sabtu lepas aku ada join Marathon Aerobic 2 jam? Aku terpilih untuk menyertai pertunjukan aerobic dalam event Pertunjukan Juara- Juara Bina Badan Mr Malaysia 2012 di Boi Fitness Gym pada 18 Julai 2012.



        Masa Pak Ayob ( Jurulatih) bagitahu yang aku terpilih, aku bukan main suka lagi. Hehehe.. So, masa hari kejadian, aku pergi gym dengan junior bilik aku pukul 8 malam. Masa aku datang, pertandingan angkat berat baru bermula. Masa aku datang tu, tak ramai pun orang. Lama sikit, penuh satu gym tu. 

        Tengah syok- syok tengok diorang angkat berat, tiba- tiba ahli bina badan Malaysia masuk. Siapa lagi kalau bukan Sazali Samad. (Itu je pun yang aku tahu selepas Malik Noor.) Hehehe. Fuh, aku tengok badan dia, bukan main besar lagi. Aku yang gemu ni pun terasa kecik je bila berdiri sebelah dia.

        Lepas pertandingan angkat berat tu, bermula acara aku iaitu pertunjukkan aerobic. 5 orang je yang terpilih daripada ramai- ramai hari tu. Aku la salah seorangnya. Aerobiknya, tak ada la lama sangat. Tapi disebabkan ada spotlight, berpeluh jugak la aku satu badan. 

         Agenda seterusnya pula ialah pertandingan bina badan. 4 peserta yang menyertai. Terkejut aku bila tengok badan- badan diorang. Berketul- ketul. Fuh, Berapa lama diorang buat latihan tu kan. Lepas habis je pertandingan tu, ada pemintaan daripada pengunjung yang ingin meliat badan sasa Abang Sazali Samad kita.  

         Aku pun mengambil peluang untuk merakam aksi- aksi yang ditunjukkan oleh Sazali Samad. Aku juga sempat bergambar dengan dia. Terasa diri ni kecil je. Hehehe.. Waktu penyampaian hadiah, aku pun balik. Tak silap aku, dalam pukul 10 lebih.
          


Antara gambar- gambar semasa hari kejadian.. 

Acara angkat berat

110 KG..

Sama tak muka kami. Hahaha.





  Badan dia berketul -ketul
Gambar curi. Hehehe..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

16 July 2012

Latihan Kaki Sangat Menyakitkan!!

Selamat tengah hari kawan- kawan.

           Jom makan tengah hari sama- sama nak tak? Aku pun nak makan jugak. Hari ni, makan nasi segenggam, sayur kacang panjang, sambal belacan dan nuget. Banyak kan. Aish, macam mana nak kurus ni.. huhuh

           Pukul 11 tadi, pergi BOI FITNESS GYM sebab waktu macam tu tak ramai sangat orang datang. Hari ni, memang dah aim nak buat exercise kaki je. Almaklumlah, bentuk badan aku ni macam buah pear. So, kena la shape sikit.

           Mula- mula aku stretching dulu. Lepas tu aku berbasikal selama 5 minit dengan Tabata style. Seterusnya pun exercise kaki je aku buat. Lenguh ok. Terhuyung hayang aku nak berjalan selepas buat exercise tu. hehehe.

           Walaupun penat dan sakit, aku sangat berpuas hati. Sakit tu lah dinamakan pembakaran. Tak sabar aku nak jadi fit. hehehe..


Maxicam Leg Extension ( Yang ni paling sakit) 
Leg Press 
The Inner Outer Thigh Machine (sangat best buat benda ni)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

15 July 2012

Kain Murah- Murah!!!

Assalamualaikum..

          Aku bukan nak menjual kain ye malam- malam ni. Cuma aku nak bagi tahu tentang Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang telah dilancarkan semalam 14 Julai 2012 di Batu 14 Hulu Langat.

          Petang tadi, Mak Lang aku teringin nak pergi tengok kedai kain tu. Kebetulan pulak kitorang memang nak pergi makan ikan bakar dekat sana. So, singgah lah sekejap. 

          Ramai jugak la orang pergi mencuci mata dan dompet dekat situ. Harga dia pun murah- murah juga. Tapi kualiti dia biasa- biasa je. Memang jenis kain murah. So, tak hairan la kalau dia jual murah.

          Harga sepasang baju melayu dalam RM40, baju kurung kain cotton pulak, RM50 sepasang dan macam-macam lagi la.

          Aku, mak, dan mak lang tak beli apa- apa pun. Kitorang datang cuma nak tengok- tengok je. Sesiapa yang nak beli baju untuk hari raya ni, boleh la berkunjung ke Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Batu 14, Hulu Langat. 

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Penduduk yang berkunjung untuk membeli belah


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Belum Puasa, Dah Beli Baju Raya~~

Selamat petang semua..

       Korang dah minum petang? Sekejap lagi aku dengan mak, ayah dan mak lang nak pergi makan malam dekat Hulu Langat. Makan ikan bakar. SEDAP!! 

      Tengah hari tadi, aku, mak dan ayah pergi cari baju raya. Belum puasa lagi, dah sibuk nak beli baju raya. Ish3.. Teruk betulkan.. hehehe..

       Mak beli baju untuk pagi raya dekat Wangsa Walk. Ayah pula, beli bahan dekat Nagoya, lepas tu dia tempah baju melayu dekat Maroz. Tiap- tiap tahun, ayah memang tempah baju dekat situ sebab jahitan dia cantik. Harga pun murah.

      Aku??? Aku belum beli lagi. Tak ada yang berkenan dan pulus tak cukup. Aku cuma cuci-cuci mata je dulu. Bila dah berkenan nanti, baru beli. 

     Tema raya kitorang tahun ni....... Rahsia!!! Raya pertama nanti, aku update gambar satu family dengan warna tema kitorang. Hehehe.. Yang penting, raya tahun ni, VOUGE.. hahaha.. Hazierah la kata kan. Ofcourse la kena glamours.

Ayah beli bahan untuk Baju Melayu dekta sini.. Taraaaa...

Tempat ayah tempah Baju Melayu.. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

14 July 2012

Marathon Aerobik 2 Jam ~~

Salam tengah hari semua.. 

            Dah makan tengah hari ke? Kalau belum, pergi makan. Tapi jangan makan banyak- banyak sangat tau. Nasi ambil segenggam je. hehehe.. 

            Pagi tadi aku join aerobik dekat BOI FITNESS GYM, Kg. Batu Muda Tambahan. Aku baru je jadi ahli dekat situ selama 2 minggu. Setiap Sabtu diorang buat Aerobic 1 jam. Tapi minggu ni, diorang buat sampai 2 jam.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

My "Cheat Day"

Hai kawan- kawan..

       Korang dah makan malam? Jangan skip makan malam ye walaupun awak nak berdiet. Macam selalu, tiap-tiap hari Jumaat aku balik rumah. ( Rumah dengan asrama sebelah bontot, boleh la.) hehehe

       Sampai-sampai je rumah, mak bagitahu malam ni nak pergi makan malam. Aku kalau bab makan luar ni memang laju je. Tapi aku tertanya- tanya, mak nak ajak makan dekat mana? Ikan bakar Hulu Langat ke? Aku dah terliur. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

13 July 2012

Saya Dapat Topup Free!!!

Selamat petang kawan-kawan..

    Aku baru je habis kelas BEL312. Balik- balik, terus update blog. Sepatutnya hari ni ada 3 kelas. Tapi lecturer ECO211 tak sihat, kelas ada 2 je la.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

12 July 2012

Gembira Bila Berat Badan Turun!!!

Assalamualaikum kawan- kawan.. 

          Lamanya aku tak tulis dalam blog ni. Dah bersawang dah pun. Hari ni, tiba-tiba rasa rajin pula nak menaip. Tajuk entri kali ni tentang luahan perasan aku selepas dapat turunkan berat badan.

          Al-kisahnya, aku mulakan gaya hidup sihat aku ni pada awal bulan April. ( Sihat ke?) hehehe. Aku jaga makan, bersenam dan pergi gym sehingga hari ni dan berjaya turun 6kg. Mesti korang akan cakap, 
"6kg je?" 
"Sikitnya"
"Aku boleh turun lagi lebih la". Memang sikit, tapi amat bermakna bagi aku. 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...