Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

17 April 2012

Putus Tunang, Tuntut RM1 Juta !!!

                 
                     Kelakar kan tajuk tu. Masa Ziera dalam perjalan pergi Gym pagi tadi, Ziera dengar berita di radio Bernama. Diorang putus tunang lepas tu nak tuntut RM 1 juta. Hahaha. Dah putus, putus je lah. 
                     
                    Dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Ni sampai pergi jumpa lawyer la bagai. Si perempuan tuntut kepada pihak lelaki RM400 ribu. Si lelaki pulak, balas balik dengan tuntut sebanyak RM900 ribu. Wow... Kaya3...
                     
                   Bagi pendapat Ziera, tak payah la kotang nak bertuntut tuntut ni. Buat malu je sebab cerita korang keluar dekat berita. Mungkin ada hikmah disebaliknya. 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

13 April 2012

Ibu Tidak Prihatin, Anak Nyaris Kena Langgar !!

                   Ni lagi satu cerita yang buat Ziera geram hari ni.

             Petang tadi masa ayah Ziera pandu kereta dekat selekoh di Selayang, ayah nampak anak beranak tengah melintas jalan. Tapi anaknya yang kecil lingkungan 4-5 tahun tertinggal di belakang betulkan kasut dia sambil duduk.

             Nasib baik ayah perasan dan honkan pada ibu budak tu. Ayah buka tingkap lepas tu marah dia, "Apa ni? Anak tu!!" Ibu budak tu baru teringat dan perasan anak dia dekat belakang. Kalau kereta lain yang laju- laju lalu, tak tahu la apa yang jadi. Macam mana la ibu boleh lupa nak pimpin anak sewaktu melintas. Ish3..

              Walaupun Ziera belum kahwin lagi, Ziera nak nasihatkan semua termasuk diri Ziera sendiri. Jaga la anak- anak kecil yang hubungannya rapat dengan kita. Tak kisah la anak, adik atau anak buah. Bila dah kena nanti, pergi report polis la, masuk surat khabar la. Padahal, orang dewasa yang leka.


 Ayah betul- betul marah dengan ibu budak tu. Sabar ye ayah.. 


Anak Buah Ziera Yg Tersayang..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

12 April 2012

Siapa Yang Akan Meninggal Selepas Ni??

              Semua yang hidup di muka bumi ini akan berdepan dengan kematian yang boleh berlaku bila- bila masa saja. Sudah cukupkah amalan kita untuk berdepan dengan Tuhan yang Esa? Cakap pasal mati, meremang bulu roma kerana bahang kesakitan tu dah terasa.


             Pukul 6.30 petang tadi, ziera tengah belek-belek blog ni. Tiba-tiba telinga kiri ziera berdesing ( macam bunyi cengkerik) dgn kuatnya membuatkan ziera terkejut. Dalam beberapa saat, bunyi tu pun hilang. Lecturer ziera pernah cakap tentang ni. Desingan telinga ni berlaku disebabkan daun orang lain di Arasy jatuh melanggar daun kita menandakan orang tu akan meninggal tak lama lagi.

            Ziera cari dekat google tentang desingan telinga, memang fakta tu ada. Ziera tertanya- tanya, siapakah orangnya? Tahukah dia akan kematiannya tak lama lagi? Sama- sama lah kita muhasabah diri. Al-Fatihah untuk dia. 

Siapa yang belum ada Churp Churp, meh daftar di sini   


Daun Kita?



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

03 October 2011

Tidur Waktu Exam

     Semalam (2 Oct, Ahad) aku ada exam paper MGT 153. Aku ni jenis orang yang suka buat kerja last-last minit. So, Sabtu petang nya, aku study dengan kawan aku Adah. Dia ajar sikit-sikit apa yang aku tak faham. Kitorang habis study pukul 8 malam.

     Lepas study, aku makan malam dengan budak2 bilik aku kat bilik. Aku start study balik dalam pukul 10.30 malam. Tu pon bkn nye study sangat. Mengelamun je. Sampai la pukul 5 pagi. Baru aku tidur. Exam start pukul 9am - 12pm. Bape jam je dapat tidur. Memang parah dibuatnya.


     BF aku kejutkan aku pukul 7am. Bertalu-talu dia call, takot aku terlambat bangun. Dah siap semua, 8.30,aku gerak pergi student centre dengan bella. 30 minit yang pertama,aku cool lagi. Lepas tu,baru la aku rasa mengantuk sangat. Argghh, pening kepala aku waktu tu. Tak cukup tidur la kata kan.







      Aku selalu je tidur lambat waktu exam. Tapi entah kenapa, aku rasa mengantuk sangat masa jawab paper MGT tu. Baru la aku tahu kenapa motivator tak galak kan pelajar tidur lewat masa exam. Ni la akibatnya. Dah la aku tak tahu ape yang aku jawab.. huhuhu...


     Apa- apa pun, aku harap aku LULUS dalam subjek ni. Takut kot kalau kena repeat. Nightmare aku dibuatnya..


p/s: Korang pon jangan tidur lewat masa exam tau.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...