01 October 2011

Anak Buah Kesayangan Ku

         Abg aku ada 3 org anak. Yang pertama Danial, 10 tahun, kedua Dayana, 7 tahun dan ketiga Humaira, 3 tahun. Aku paling sayang dan rapat yang bongsu. Dia tu comel sangat aku cakap dengan korang sebab tu aku geram sangat dengan dia.

        Aku panggil dia Umaiya. Dia ni suka bergambar macam makcu dia gak. hehehe. Kalau aku pegang handphone je, mesti dia suruh aku tangkap gambar dia. Aku pon layan je la kerenah dia.


       Aku kan duduk hostel. Seminggu sekali aku mesti balik rumah. Kalau aku balik, dia mesti panggil aku, 'MAKCU'...


       Rindunya aku dengan dia sekarang ni. Semalam aku call mak aku. Mak aku cakap Umaiya masuk Hospital Selayang sebab dia batuk tak henti-henti.  Sedihnya aku dengar.


      Pukul 9pm tadi, aku call kakak ipar aku. Dapat lah bercakap dengan Umaiya sekejap. Happy je suara dia. Dia cakap dia baru lepas makan la, itu la, ini la. Tersenyum je aku dengar. Aku sedih bila dia tanya, "Bila makcu nak datang tengok Umaiya?" Sedih tau. huhuhuh.. :'(


    Korang nak tengok gambar Umaiya?? Ni ada sedikit gambar- gambar dia.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

2 00 Orang Teruja:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...