21 April 2012

Bob Kuman Meninggal????

              Ziera agak terkejut bila BF Ziera hantar mesej tanya pasal Bob Kuman. Ziera terus on Twitter dan ternyata itu cuma "KHABAR ANGIN" sahaja. Come on lah. Tak kan benda- benda macam ni korang boleh buat main.

              Memang la dia sakit. Tapi BELUM meninggal lagi lah. Daripada korang yang suka bawak mulut ni menjaja cerita yang palsu, baik korang derma sumbangan untuk kos perubatan dia. Kalau tak mampu, doakan dia cepat sembuh pun dah kira cukup. 

              Ziera harap Bob Kuman cepat sembuh. Amin... Siapa yang nak derma, boleh derma di  nombor akaun ini. (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

20 April 2012

Meremang Bulu Roma Kalau Korang Dengar!!

               
            Korang pernah tonton movie "Burlesque" tak? Walaupun movie ni banyak sangat yang seksi, tapi Ziera suka dengan lagu- lagu dia. Pelakon dalam cerita ni ialah Christina Aguilera dan Cher.

Salah satu lagu kegemaran Ziera dalam movie ni. Maaf ye kalau terlampau SEKSI..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Kaki Terseliuh Masa Workout..

      

            Pagi tadi, masa Ziera tengah workout di gym, kaki kanan Ziera terseliuh. Sakit wo.. Excited sangat, tu la jadinya. Huhuhu. Balik je rumah, terus minta tolong mak urutkan. Sakitnya terasa dekat buku lali. Nak bangun pun susah. Berdenyut- denyut je rasa.

           Terseliuh boleh jadi lumpuh ke?? Tak kan.. Hehehe. Takut juga boleh memudaratkan kaki Ziera ni. harap- harap, esok pagi dah tak sakit macam sekarang ni. Amin


Nak melancong ke LONDON? Klik SINI


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

19 April 2012

Mak Saya Buat Pau.. SEDAP!!!

               Setiap petang mesti ada je juadah yang mak Ziera buat untuk dijamukan kepada ayah balik kerja dan cucu-cucunya balik sekolah. Petang semalam mak buat pau. Macam-macam inti mak buat. Ada pau inti kacang, kaya dan kentang. 
              
              Banyak mak buat semalam. Ada lebih lagi, mak kukus balik untuk makan petang ni. Korang nak ke?? Nah, ambik la ni. heheheh.. 




Meh klik SINI. Terima kasih..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Basah Lencun!!

                

               Sebelum Ziera tidur semalam, ziera ada download video- video untuk fitness. So, tadi Ziera try la buat. Best gila. Habis berpeluh satu badan. Basah lencun baju Ziera. Nasib baik belum mandi lagi) hahaha..

                Harap- harap, Ziera workout dekat rumah berkesan untuk turunkan berat badan yang tembam ni. Dan Ziera harap, Ziera tak hangat- hangat tahi ayam je. ( Bak kata kawan Ziera) hehehe..

                Kalau korang nak try, boleh download video tu di Youtube. Ni antara video yang ziera download.

p/s: Jom sama- sama kita kuruskan dan sihatkan badan. Jom klik SINI..


 


 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

18 April 2012

Gian Nak Make- Up Kan Orang!!

Tolong klik SINI dan SINI dulu. Terima Kasih..


               Dah lama Ziera tak make- up kan muka orang lain. Muka Ziera pun dah jarang pakai make- up. Kalau dekat kolej, ada je mangsa yang sudi dan paksa rela dimake- up oleh Ziera. Skill make- up kan orang belum hebat lagi, tapi boleh la sikit- sikit. Baru belajar.
               
              Ziera ingat, cuti semester ni nak join kelas make- up oleh Epie Temerloh. Sentuhan dia memang magical. Cantik sangat. Tapi budjet dah lari. Tak apalah, masa masih panjang lagi. Next time, Ziera join kelas yang dia buat. Korang kalau minat make-up dan nak belajar dengan Epie ni, jom la. 

Antara hasil sentuhan Epie..
Shiha Mentor sewaktu ABPBH
Yatt


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Geram Betul Aku Tengok Rebecca Nur Islam Ni!!!

                  Ziera geram dengan Rebecca Nur Islam sebagai Huda dalam cerita 'Cinta Buat Emelda'. Asyik nak naik angin dan moody je. Dengan Emelda dia tak suka, dengan Hakimi BF adik dia pun dia tak suka. Suami dia pun sama je perangai macam dia jugak. 

                  Kita menyampah dengan Huda bemakna, Rebecca dah berjaya membawa watak tu dengan berkesan. Tak sabar nak tengok episod seterusnya. 





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

1 KG Sangat Bermakna Buatku!!!

               Assalamualaikum.

        Sebelum tidur, Ziera nak buat entry tentang berat badan Ziera. Dah dua minggu Ziera menjalani proses diet mengikut nasihat KevinZahri.

        So, tadi Ziera timbang dah turun 1kg. Walaupun sikit, 1 kg amat bermakna buat ziera untuk teruskan usaha menguruskan badan dalam masa kurang 1 bulan setengah. Tapi, Ziera takut berat ni sekejap naik, sekejap turun. Huhuhu..

       Ini baru permulaan. KevinZahri cakap, kalau teknik dan ilmu dah ada, lebih dari tu kita boleh kurangkan. InsyaAllah.

       Siapa- siapa nak beli ebook 5KG dalam masa 5 Minggu, jom beli dekat SINI dan SINI ..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Patutlah Orang Kata Aku Dah Bertunang!!

            " Ziera dah bertunang ke?" 
            " Bila nak kahwin?"
            " Lawa cincin. Baru bertunang ekk?"
        
            Soalan- soalan macam tu selalu sangat Ziera dengar bila jumpa dengan orang yang tak berapa kenal rapat dengan Ziera. Pagi tadi baru Ziera perasan kenapa diorang cakap macam tu.


        Ni lah jawapan dia. Ziera baru tahu, yang selama ni Ziera pakai cincin orang bertunang. Mana lah Ziera tahu. Ziera tengok cantik, Ziera pun beli lah. Lagipun, waktu Ziera beli cincin ni, Ziera dapat gaji masa bekerja sementara tunggu result SPM. hehehehe..

Jadinya, Ziera belum bertunang lagi tau. InsyaAllah akan datang bila sumbangan anda beri dah bertambah. Tolong klik SINI dan SINI. Terima Kasih..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

17 April 2012

Putus Tunang, Tuntut RM1 Juta !!!

                 
                     Kelakar kan tajuk tu. Masa Ziera dalam perjalan pergi Gym pagi tadi, Ziera dengar berita di radio Bernama. Diorang putus tunang lepas tu nak tuntut RM 1 juta. Hahaha. Dah putus, putus je lah. 
                     
                    Dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Ni sampai pergi jumpa lawyer la bagai. Si perempuan tuntut kepada pihak lelaki RM400 ribu. Si lelaki pulak, balas balik dengan tuntut sebanyak RM900 ribu. Wow... Kaya3...
                     
                   Bagi pendapat Ziera, tak payah la kotang nak bertuntut tuntut ni. Buat malu je sebab cerita korang keluar dekat berita. Mungkin ada hikmah disebaliknya. 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Proton Lancarkan Kereta Berinternet 4G..(Aku Baru Tahu)

                   Ziera baru tahu berita ni. Rupanya dah lama. Buat malu je. Apa- apa pun syabas Ziera ucapkan kepada Proton kerana melancarkan kereta yang canggih sebegini di Malaysia. Kereta ini dilengakapi dengan Internet YES 4G bagi penggunaan GPS kepada pemandu dan keselamatan yang tinggi dijamin oleh Proton.

                  Tetapi teknologi kita masih jauh ketinggalan di belakang dengan negara- negara canggih seperti Amerika dan Jepun. Walau bagaimanapun, ini adalah permulaan yang baik bagi Malaysia mengikut peredaran zaman yang berteknologi tinggi. 

p/s: So, lepas ni kita berblogging di dalam kereta je la ye. Hehehehe.. ( Gurau je)









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

16 April 2012

FreeShawls GIVEAWAY by missmyd

             Dulu selalu join contest dekat FB dan minta kawan- kawan LIKE. Hadiah yang selalu Ziera dapat ialah Shawl. Kebanyakkan shawl yang ada dengan Ziera, semuanya hadia contest. So, kali ni Ziera nak join FreeShawls GIVEAWAY by missmyd ni pula. 

Hadiah dia agak lumayan juga bagi perempuan yang bertudung.. Nak tahu??

1st Prize
* 5 helai shawl.

2nd Prize
* 4 helai shawl.

3rd Prize
* 3 helai shawl.

Apa lagi?? Jom join.. Untuk join, KLIK Banner ni. 

 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Bila Masa Aku Tukar KEWARGANEGARAAN??

         Pukul 6.23 pagi tadi, ada orang mesej Ziera. Tapi mesejnya macam pelik. Ni mesti salah nombor. Dia ingat Ziera ni indon juga kot. Siap berNENG- NENG lagi. Adoiyai.

Nak joging la bagai..
 p/s: Korang kalau nak hantar mesej, tengok nombor atau nama tu elok- elok ye.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Lisa Buat Segmen Blog List

                 Assalamualaikum dan Selamat Pagi kawan-kawan ku.

         Pagi- pagi lagi Ziera dah nak join segmen dari LISA ni. Macam best pula bila join segmen macam ni. So, kalau korang pun nak join, KLIK je Header Lisa yang comel ni. Jom join ramai- ramai.


Siapa yang belum daftar Churp- churp, meh klik dekat SINI untuk daftar. 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

15 April 2012

Ratu Air Mata.. Jawa Cakap GEMBENG!!

              Ha... Kenapa ada bahasa jawa pula entry kali ni.? Saja je letak sebab ayah Ziera orang jawa dari Perak. So, dia selalu cakap perkatan 'Gembeng' tu dekat anak buah Ziera sebab dia suka nangis.Gembeng ye, bukan kambing. Hahaha..

              Sekarang ni, banyak sangat Program Realiti TV yang disiarkan. Contohnya, ON AIR, MENTOR, PILIH KASIH, MASTERCHEF dan lain -lain lagi. Kalau kita tengok je program- program ni, mesti ada je peserta -pesrta yang menitiskan air mata. 

              Ziera pernah tanya dengan mak Ziera yang Ziera nak masuk salah satu program- program tu. Mak Ziera cakap: 

" Ah, kau bukan boleh masuk benda- benda macam ni. Nanti sikit- sikit nangis. Kau tu bukan tahan kena marah. Nanti mula la keluar air mata kau tu." 
             
           Hahahaha. Betul cakap mak tu. Ziera ni cepat sensitif dan menangis. Orang cakap sikit pun, dah Touching. Erm.. Macam mana nak buat diri supaya tak cepat melelehkan air mata?? Cer Jawab..






p/s: Jangan nangis banyak sangat, nanti jadi Kassim Selamat. hehehe


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Kenapa Blog Saya Jadi Popular, Berguna dan Menjadi Tumpuan

            Wah, tajuk macam hebat je kan! Ziera masuk contest yang dianjurkan oleh Kak Zana ni pula. Hehehe..

Jawapan kepada tajuk tu:

Kerana saya banyak beri pengajaran dan nasihat yang tersurat mahupun tersirat dari kisah hidup seharian saya melalui Blog ni. Blog saya menjadi tumpuan ramai kerana blog saya comel seperti tuan dia. hahaha. ( Yang ni perasan sendiri)


Nak Join?? Klik Banner

TAG : | Eika| Amirul | Hunny | Iza Zaty |
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

SEGMEN:BLOGWALKING & SAYA NAK MASUK BLOGLIST PROMOSI BLOG

                     Wahh, banyaknya Ziera join segmen di blog ni! Ahh, tak kisahlah. Yang penting Ziera happy. Betul tak? hehehe. Jom join segmen ni dan berpeluang jadi Bloglist Kakak Pink kita ni selama seminggu..


                      JOM Cepat.. Kalau nak tahu lebih lanjut, KLIK di banner ni.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

SEGMEN : blogwalking + follow by hajar

              Ziera join segmen yang dianjurkan oleh Adik Hajar kita ni disebabkan dah kena tag oleh Akak Suri.  Jom kita berBlogWalking sambil berkenal- kenalan antara blogger. 

            Segmen ni ada hadiah tau.  

# kepada siapa yg berjaya tag PALING RAMAI maka akan mendapat RM30.00 top up untuk pengguna celcom, digi, maxis
           
            So, apa lagi, jom kita join dan tag kawan kita ramai- ramai. Yeahhh..

Klik BANNER untuk Join



 TAG: | Sis Al | Zamani 84 | Flowerila | Cik Sofea | Hunny |



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

14 April 2012

ARGHH..FAKE LAGI.. GERAMNYA.. KAWAN2 MINTA TOLONG REPORT YE!!!

                  Masuk ni dah 2 kali aku kena macam ni. Orang tu ambil gambar-gambar dari profile aku, pastu buat Fake FB. Yang dulu lagi teruk. Dia buat FB yang berunsur lucah dengan gambar aku. SENGAL!!

                 Yang ni pun, nasib baik Illa Arabella inbox, dia tanya aku yang profile tu aku punya ke. Aku pelik sebab aku tak boleh buka link yang dia bagi. Then aku login FB BF aku, then ternyata yang dia menggunakan gambar- gambar aku. Oooo, KAU BLOCK AKU YE!! 


                 Kawan- kawanku yang budiman, tolong login korang punya FB lepas tu tolong REPORT boleh? Jangan BLOCK. Nanti korang sorang je yang tak nampak, orang lain masih nampak. Ni dia FAKE FB

WAWA KONON...

Tolong report ye kawan-kawan. TERIMA KASIH

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Video Perkahwinan Yang Tak Seberapa..

             Ziera suka ambil gambar dan rekod video. Kalau ada masa, Ziera selalu explore software yang boleh edit gambar dan video yang senang untuk digunakan. Ziera bukan photographer tapi teringin nak ada DSLR.. hehehe... InsyaAllah.

            Masa sepupu Ziera kahwin, Ziera buat video guna Express Music 5800 je.. Ni lah hasilnya. Selamat menonton. Maaf kalau kualiti tak bagus. (Kalau diikutkan video asal nampak terang sikit dari video ni, tapi disebabkan format video ni terpaksa dikecilkan, tu yang tak berapa jelas)


video


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Khas Untuk Kaum Wanita SAHAJA !!!

           Korang biasa dengar gym kan. Selalunya gym ni untuk lelaki tambahkan otot- otot diorang. Perempuan pulak, tumpang sekaki je. Hehehe..

           Hari ni, Ziera nak syorkan dekat korang semua tentang gym yang hanya khas untuk perempuan sahaja. Dengar macam Best kan. Memang best pun. Kita bebas dekat situ sebab tak ada mata- mata lelaki yang akan memandang. Kita pun tak ada la nak segan silu.Yuran pun, boleh tahan la, berbanding gym yang lain.

           Nama gym tu ialah Curves. Dia ada 7 cawangan dekat Malaysia iaitu Ampang, Shah Alam, Subang Jaya, Kota Damansara, Bukit Damansara, Taman Tun dan Puchong.

           Ziera baru 2 minggu pergi gym tu. Ziera pergi Curves Ampang sebab dekat (agaknya). Korang tak payah risau kalau tak ada masa sebab gym ni peruntukkan 30 minit saja untuk kita di sana. Lagipun, kita tak boring sebab ada lagu- lagu dan coach yang teman dan pantau kita. 

           Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik SINI, SINI dan SINI.






         
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

BLOGGER Popular !!!

                 Ziera ni bukan la blogger yang tegar sebab sejap tenggelam sekejap timbul. Tapi Ziera tahu 'dia' ni memang popular dalam kalangan blogger- blogger kerana intipati tulisanya di dalam blog.

                Siapa lagi kalau bukan Abang BEN ASHAARI. Blogger yang badan SASA tu. jatuh cinta tengok badan dia. heheheh Mesti la korang kenal.

                 Hari tu Ziera Follow Twitter dia.  Semalam bila Ziera tengok connection, dia Follow Ziera balik. Teruja OK. Tak kisah la korang nak cakap jakun ke apa. yang penting aku teruja. Bagus la dia ni, orang Follow dia, dia Follow balik.

                  Ziera tahu la korang pernah @ selalu jumpa dia dalam perjumpaan blogger, tapi ziera nak bangga juga. Ceh, ayat tak boleh bla.

                 Entry ni lebih kurang sama dengan Adik Iera..



Kepada Abg BEN, terima kasih ye..


Lihat bulatan merah

Siapa yang belum daftar Churp Churp, Meh klik SINI


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

KFC Dah Tak Laku !!!

                  Assalamualaikum.. Tolong klik SINI  dulu boleh? Terima Kasih.

             Al-kisahnya, petang semalam Ziera pergi Selayang Capital berhadapan dengan Hospital Selayang temankan kawan Ziera nak beli baju. Kitorang memang tahu tempat tu dah tak ramai pengunjung yang datang, tapi saja je nak tengok- tengok baju kalau- kalau ada yang murah.

             Kitorang masuk-masuk je, sunyi sepi.. Orang PA system buka lagu Kenangan Terindah bukan main kuat lagi sampai kawan Ziera kata " Buka lagu kuat- kuat, tapi orang tak ada"  Hahaha.. Nak cari baju, semua mahal- mahal. Al maklum lah, kedai banyak yang tutup. Sewa pulak mesti tinggi. Tutup je la kompleks kalau dah macam tu.

             Tengah kitorang jalan- jalan, ternampak restoran KFC. Tapi sunyi ya amat. Tak ada pelanggan pun. Habis- habis, pekerja dia yang makan sendiri. Hehehe.. Kesian kan. Kompleks tu dah tak maju, KFC yang ramai peminat pun turut sama tak laku.


KFC lain masih MAJU lagi..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

13 April 2012

Ibu Tidak Prihatin, Anak Nyaris Kena Langgar !!

                   Ni lagi satu cerita yang buat Ziera geram hari ni.

             Petang tadi masa ayah Ziera pandu kereta dekat selekoh di Selayang, ayah nampak anak beranak tengah melintas jalan. Tapi anaknya yang kecil lingkungan 4-5 tahun tertinggal di belakang betulkan kasut dia sambil duduk.

             Nasib baik ayah perasan dan honkan pada ibu budak tu. Ayah buka tingkap lepas tu marah dia, "Apa ni? Anak tu!!" Ibu budak tu baru teringat dan perasan anak dia dekat belakang. Kalau kereta lain yang laju- laju lalu, tak tahu la apa yang jadi. Macam mana la ibu boleh lupa nak pimpin anak sewaktu melintas. Ish3..

              Walaupun Ziera belum kahwin lagi, Ziera nak nasihatkan semua termasuk diri Ziera sendiri. Jaga la anak- anak kecil yang hubungannya rapat dengan kita. Tak kisah la anak, adik atau anak buah. Bila dah kena nanti, pergi report polis la, masuk surat khabar la. Padahal, orang dewasa yang leka.


 Ayah betul- betul marah dengan ibu budak tu. Sabar ye ayah.. 


Anak Buah Ziera Yg Tersayang..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

TRANSNATIONAL Menganiaya Orang !!

            Assalamualaikum.

            Maaf lah, kalau tajuk tu mengaibkan syarikat tu. Tapi Ziera memang tak puas hati dengan servis dia yang tinggalkan penumpang. Ye, memang salah penumpang kalau dia lambat datang dari waktunya. Tapi, kalau penumpang tu datang awal 15 minit, bas tu dah jalan, siapa yang SALAH?

           BF Ziera beli tiket ke Kuala Lipis di kaunter Perhentian Bas Perkeliling pagi tadi. Waktu perjalanan bas yang tertera pada tiket pukul 4.30 petang. Dia sampai dekat perhentian tu pukul 4.15 petang tengok - tengok bas dah tak ada. Orang kaunter tu cakap, bas dah jalan.

           Dia bengang la sebab bas tinggalkan dia sedangkan perjalanan pukul 4.30. Siapa tak bengang. Duit dah la tengah tak ada. Tambang pulak mahal. Minta tukar ke malam, tiket tu dah tak boleh guna dah. Nak tak nak, dia beli tiket ke Raub pukul 5.30 petang tapi naik bas Mara Line. 

           Erm..... Tak tahu la nak cakap apa.. Rasa- rasa korang, siapa yang salah ek??

Geram betul ziera. Sejuk hati ziera kalau korang sudi tekan SINI dan SINI.. Terima kasih..



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

12 April 2012

SEGMEN --> SAPE NAK JADI KAKI FOLLOWER

                  Assalamualaikum dan selamat tengah hari kawan- kawan ku yang budiman

             Dah makan ke belum? Kalau belum pergi la makan dulu. Nati lapar, susah nak buat kerja pulak. Kalau dah makan, tolong klik dekat sini sekejap boleh? SINI & SANA ---> Terima kasih.

             Hari ni, Ziera nak join segmen yang baru pula. Korang tak nak join ke? Meh la sama- sama join. Boleh kita tambah kenalan.

Tarikh Tutup ialah 20 April 2012 pada jam 12am

Klik pada gambar untuk join


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Siapa Yang Akan Meninggal Selepas Ni??

              Semua yang hidup di muka bumi ini akan berdepan dengan kematian yang boleh berlaku bila- bila masa saja. Sudah cukupkah amalan kita untuk berdepan dengan Tuhan yang Esa? Cakap pasal mati, meremang bulu roma kerana bahang kesakitan tu dah terasa.


             Pukul 6.30 petang tadi, ziera tengah belek-belek blog ni. Tiba-tiba telinga kiri ziera berdesing ( macam bunyi cengkerik) dgn kuatnya membuatkan ziera terkejut. Dalam beberapa saat, bunyi tu pun hilang. Lecturer ziera pernah cakap tentang ni. Desingan telinga ni berlaku disebabkan daun orang lain di Arasy jatuh melanggar daun kita menandakan orang tu akan meninggal tak lama lagi.

            Ziera cari dekat google tentang desingan telinga, memang fakta tu ada. Ziera tertanya- tanya, siapakah orangnya? Tahukah dia akan kematiannya tak lama lagi? Sama- sama lah kita muhasabah diri. Al-Fatihah untuk dia. 

Siapa yang belum ada Churp Churp, meh daftar di sini   


Daun Kita?



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

11 April 2012

Segmen Blogwalking & Review By AzRiey

       Assalamualaikum rakan-rakan ku sekalian.

Sebelum tu, minta tolong korang klik ni jap boleh? Sini & Sana

           Terima kasih. :) Ziera sekarang tengah gila blog balik. Al-maklum la tengah cuti semester 2 bulan. So, mengadap laptop je la. Masuk kolej nanti, mesti senyap beberapa bulan. Hehehe..
         
           Ziera tengah berkobar-kobar nak join segmen yang diterajui oleh En. Azriey ni. Kalau korang nak join, meh tekan dekat gambar bawah ni. Jom ramai-ramai join. Boleh kenal-kenal. ^___^

                     
Cepat-cepat. Tarikh Tutup 17 April 2012


Klik Gambar Untuk Join


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

10 April 2012

Ingat Senang Nak Jadi Pelakon??

     Pada malam 14 Mac lepas, kawan ziera ( Dienna) tanya dekat Ziera " Nak Jadi extra drama tak esok? Kalau nak, inform Dienna cepat ye" Lebih kurang macam tu la. Mula-mula memang tak nak, sebab 17 Mac tu ada final exam. tapi bila fikir- fikir balik, apa salahnya. Nak cari pengalaman dan lagi pun kalau extra mesti sekejap je kan.

        Pukul 11.30am esoknya, Ziera bertemankan senior bilik Ziera ( Kak Umie) bertolak ke lokasi penggambaran di Dataran Sunway Damansara. Pendekkan cerita, kitorang naik teksi, LRT, bas dan jalan kaki ke sana. Al-maklum la, Ziera punya lesen frame kan dekat rumah je. Hehehe.. Memang gila. Nak pengalaman punya pasal. 

              Itu baru mukadimah dia je. Ceritanya begini.

         Kitorang sampai lebih kurang pukul 1.30pm, tapi scene ziera sebagai 'Journalist' start pukul 7pm. Tak ke lama kitorang kena tunggu macam orang gila. ( Padahal memag gila) Scene ziera bukannya lama pun. ( watak pun tak ada dialog) Tak sampai 15 minit. Tapi diorang tak shoot untuk secene tu dulu. Malas la nak cakap banyak. Ziera kan EXTRA je.


         Walau apa-apa pun, masa dekat sana Ziera sempat berjumpa dengan REMY ISHAK, DIRA ABU ZAHAR, AZZA AF, AZHAN RANI, FIKHREE BAKAR. Tapi sempat bergambar dengan Dira dan Azza je. Remy Ishak duduk sebelah Ziera lama kot. Ingat nak ambik gambar lambat- lambat sikit. Last-last, lepas dia shoot, dia terus balik. MELEPAS.


          Pengalaman pertama kali shoot drama walaupun jadi extra best la jugak. Harap- harap dapat lagi tawaran macam tu. Hehehe..
p/s : Nak jadi pelakon ni, kena banyak menunggu. SANGGUP?? heheheh.




 
         




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Segmen Jom Tambah Follower bersama Mr. Dracula

Assalamualaikum kawan-kawan.

        Ziera telah diTAG oleh Adik Purple ni untuk join segmen ni. Join ramai- ramai kita menyemarakkan lagi. Hehehe.. (Dah macam apa je)



Kalau nak join, meh klik dekat gambar ni!!!







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Orang Lain Yang Kahwin, Kau Yang 'Over'

      Pada 9 Mac lepas, sepupu ziera, Nuratiqa Bostamam Shah telah selamat diijabkabulkan dengan Kaus Kapeih di Sg. Buloh Country Resort. Saya sebagai sepupu, dah tentu lah nak bergaya dengan 'GLAMOUR'. Hehehehe. Masa nikah, warna tema untuk keluarga ialah Kelabu. 

One Family




Gaya Arab ( Turban)


     Malam hari pula ialah Malam Berinai bagi kedua mempelai. Ziera suka sangat pelamin dia. Cantik. Pengantin pakai baju tradisional melayu dan india warna merah. Lepas berinai, makcik-makcik dan sepupu sepapat buat riuh dengan tarian poco- poco.





   
  Kebetulan pula, hari tu hari jadi sepupu ziera dari Singapura. Kitorang pun sambut sekali hari jadi dia malam tu dengan sebiji kek coklat. Sedap!!!


     Pada keesokkan harinya pula ialah hari Langsung buat pengantin. Warna tema untuk hari tu ialah warna Coklat. Ziera dan 4 orang sepupu yang lain jadi flower girls (walaupun dah tua). Hehehe. Kitorang kena iring pengantin semasa berarak. Best!! Masa kenduri tu, boleh pulak terjumpa bekas lecturer masa di kolej dulu. Rupanya, dia pun ada kaitan juga dengan keluarga pengantin.

      Ucapan untuk pengantin, 'Selamat Menjalani Kehidupan Berumahtangga. Hingga Berkekalan ke Akhir Hayat. Amin'. Ziera ada beberapa keping gambar untuk korang lihat sendiri kemeriahan pada hari yang bermakna buat kedua pengantin.


Posing Sekejap




Sebahagian Flower Girls ( Ziera je ganjil)

Bekas Lecturer Ziera


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...