08 October 2011

Sudah Sampai Ajal..

        Dah hampir 10 tahun mak aku jaga dia. Dulu dia kurus je. Bila mak jaga dia, dia jadi gemuk sampai tak larat nak angkat. Berat dia dulu lebih kurang 8kg. Dia adalah seekor kucing yang diberi nama "Comot"

       Hari ni, 7 Oct 2011 pada pukul 4.25 petang tadi, dia dah mati akibat sakit tua. Comot mati dalam perjalanan nak balik rumah sebab sebelum tu, mak bawak dia pergi klinik kucing. Aku tengok mata mak merah sebab menangis. Aku tak berkata apa. Mungkin dah ajal dia. 


      Comot ni manja dengan mak dan ayah aku. Dulu, kalau mak aku masuk tidur, dia mesti dah ada dalam bilik dulu nak tidur sama. Kalau mak tak bagi masuk, mulut dia bising je. Lepas ni,dah tak ada lah dengar suara comot minta air dekat bilik air sebab dia ni suka minum air yang mangalir, bukan macam kucing mak yang lain. 

      Aku nak tunjukkan gambar Comot, tapi kitorang satu family jarang ambik gambar dengan kucing sebab orang kata, diorang akan cepat mati. Tak tahu la, orang yang kata. huhuhu... Cukup la korang tahu yang badan Comot tu bertompok hitam dan putih.




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirimu dan maafkan aku jika aku pernah buat salah terhadap kau.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

07 October 2011

|CONTEST "SAYA CINTA SHAWL"|

               Assalamualaikum semua...


      Ziera ada join satu contest ni yang dianjurkan oleh Gorgeous Collection. "Saya Cinta Shawl" ni title contest tu. So, Ziera nak minta tolong anda semua yang baik budiman klik LIKE di Page penganjur dan LIKE gambar Ziera. Senang je kan. Terima kasih atas perbantuan anda.. ^_^



1) LIKE Page Gorgeous Collection


2) Klik gambar ni untuk LIKE gambar ziera.




     Lagi satu, Ziera nak mempromosikan satu tempat penginapan yang sangat special bila anda berada di Pahang iaitu "Embun Homestay Jerantut". 


     Embun Homestay menyediakan penginapan yang bersih, selesa dan lokasi yang strategik di bandar Jerantut. Dikhaskan untuk Muslim sahaja. Semuanya lengkap seperti berada di rumah sendiri. Sesuai untuk bercuti bersama keluarga, rombongan pengantin, sekolah asrama, kerja luar kawasan, berehat dan bermalam semasa dalam perjalanan atau bercuti di Taman Negara.


     So, kalau anda rasa nak bercuti di pahang dan tiada tempat untuk menginap, boleh la berkunjung di Embun Homestay Jerantut ni.


Maklumat lanjut, boleh LIKE di laman Facebook atau layari Blog ni. 
p/s: Jangan lupa LIKE gambar contest Ziera tau.. Thanks.. (^__^)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

06 October 2011

Hurray.. MERDEKA !!

ALHAMDULILLAH...


          Selesai sudah Final exam untuk Sem 2 AC110 hari ini, 5 Oct 2011 pada pukul 12 tengah hari. Hurray...!!! Sem depan dah naik sem 3. Tak sabar rasanya nak grade. heheh..

         Sebulan cuti sem ni aku nak tidur puas-puas sebab hobi. hahaha Gurau je. Tak kan dapat la nak tidur banyak kalau aku balik rumah sebab kena tolong mak buat kuih untuk meniaga. Jangan suka sangat Ziera. Baru sem 2...


       Apa- apa pon,aku dah lega sebab dah habis exam. Tinggal tunggu result je. Cuak la memikirkan macam mana nak mengahdap Student Portal UITM masa nak tengok result nanti. Harap- harap ok dan tidak mengecewakan. Amin~~


Yeahhhh!!! Nak tengok movie, main game, facebooking dan blogging.!!!!!!(^___^)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

05 October 2011

Terkehel

         Malam semalam aku tidur pukul 2 pagi selepas aku dengar rancangan 'Misteri Jam 12' kat siaran radio Ria 89.7FM. Bangun pagi tadi, leher sebelah kiri aku sakit sangat. Bila pusing, dia rasa tegang. Bagitahu dengan kawan- kawan, diorang kata,aku salah tidur. Arghh.. sakit tau. Dah la esok last paper untuk final exam aku.



        Dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 6 petang aku duduk kat library dengan adah, dayah, bella dan emy study FAR 150 ( Financial Account) untuk esok, 5 Oct. Kepala aku masa study teleng je. Nak pusing kepala, dengan badan- badan sekali kena ikut.


       Aku call mak bagitahu aku sakit leher. Dia kata, malam nanti dia datang nak urut. Nasib baik kolej aku dengan rumah xjauh sangat. Pukul 9.30 dia datang urut leher aku dalam kereta. Sakit ooOOO... Tahan je la. huhuhu. Lepas urut, dah ok. Tapi lama- lama, sakit balik. Harap- harap, esok pagi dah elok. Amin ~


 Ok la, aku nak sambung study balik. Banyak lagi tak cover ni..hehhee... Nak tengok kepala aku bila sakit leher macam mana? 









Hehehehehe... ^_^



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

04 October 2011

Cerita Seram

        29 Oct lepas, aku buka Youtube. Aku cari "kisah-kisah seram". Keluar la macam- macam video. Aku download 5 - 6 video dan bila dah selesai, aku dengan budak bilik aku,dengar sama-sama.

        Video tu suara dari radio je. Seram gak la. Waktu kitorang dengar tu, dalam pukul 12.30 pagi. Waktu "Misteri Jam 12" ke udara mula pada pukul 12am-2am. Kitorang teringin nak dengar kisah tu live dari radio. Rupanya, tu siaran radio Singapura, Ria 89.7FM. So, aku pon cari la siaran tu.


      Cari punya- punya cari, jumpa juga akhirnya. Kitorang pon dengar la sampai habis siaran tu. Seram sejuk gak kitorang dibuatnya. Heheheh...

Kalau korang nak dengar, korang boleh tekan link kat bawah ni.
Radio online >> Ria 89.7FM(Isnin - Jumaat, 12am-2am)
Blog >>Misteri Jam 12







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

03 October 2011

Tidur Waktu Exam

     Semalam (2 Oct, Ahad) aku ada exam paper MGT 153. Aku ni jenis orang yang suka buat kerja last-last minit. So, Sabtu petang nya, aku study dengan kawan aku Adah. Dia ajar sikit-sikit apa yang aku tak faham. Kitorang habis study pukul 8 malam.

     Lepas study, aku makan malam dengan budak2 bilik aku kat bilik. Aku start study balik dalam pukul 10.30 malam. Tu pon bkn nye study sangat. Mengelamun je. Sampai la pukul 5 pagi. Baru aku tidur. Exam start pukul 9am - 12pm. Bape jam je dapat tidur. Memang parah dibuatnya.


     BF aku kejutkan aku pukul 7am. Bertalu-talu dia call, takot aku terlambat bangun. Dah siap semua, 8.30,aku gerak pergi student centre dengan bella. 30 minit yang pertama,aku cool lagi. Lepas tu,baru la aku rasa mengantuk sangat. Argghh, pening kepala aku waktu tu. Tak cukup tidur la kata kan.







      Aku selalu je tidur lambat waktu exam. Tapi entah kenapa, aku rasa mengantuk sangat masa jawab paper MGT tu. Baru la aku tahu kenapa motivator tak galak kan pelajar tidur lewat masa exam. Ni la akibatnya. Dah la aku tak tahu ape yang aku jawab.. huhuhu...


     Apa- apa pun, aku harap aku LULUS dalam subjek ni. Takut kot kalau kena repeat. Nightmare aku dibuatnya..


p/s: Korang pon jangan tidur lewat masa exam tau.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

01 October 2011

Anak Buah Kesayangan Ku

         Abg aku ada 3 org anak. Yang pertama Danial, 10 tahun, kedua Dayana, 7 tahun dan ketiga Humaira, 3 tahun. Aku paling sayang dan rapat yang bongsu. Dia tu comel sangat aku cakap dengan korang sebab tu aku geram sangat dengan dia.

        Aku panggil dia Umaiya. Dia ni suka bergambar macam makcu dia gak. hehehe. Kalau aku pegang handphone je, mesti dia suruh aku tangkap gambar dia. Aku pon layan je la kerenah dia.


       Aku kan duduk hostel. Seminggu sekali aku mesti balik rumah. Kalau aku balik, dia mesti panggil aku, 'MAKCU'...


       Rindunya aku dengan dia sekarang ni. Semalam aku call mak aku. Mak aku cakap Umaiya masuk Hospital Selayang sebab dia batuk tak henti-henti.  Sedihnya aku dengar.


      Pukul 9pm tadi, aku call kakak ipar aku. Dapat lah bercakap dengan Umaiya sekejap. Happy je suara dia. Dia cakap dia baru lepas makan la, itu la, ini la. Tersenyum je aku dengar. Aku sedih bila dia tanya, "Bila makcu nak datang tengok Umaiya?" Sedih tau. huhuhuh.. :'(


    Korang nak tengok gambar Umaiya?? Ni ada sedikit gambar- gambar dia.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...