15 July 2012

Kain Murah- Murah!!!

Assalamualaikum..

          Aku bukan nak menjual kain ye malam- malam ni. Cuma aku nak bagi tahu tentang Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang telah dilancarkan semalam 14 Julai 2012 di Batu 14 Hulu Langat.

          Petang tadi, Mak Lang aku teringin nak pergi tengok kedai kain tu. Kebetulan pulak kitorang memang nak pergi makan ikan bakar dekat sana. So, singgah lah sekejap. 

          Ramai jugak la orang pergi mencuci mata dan dompet dekat situ. Harga dia pun murah- murah juga. Tapi kualiti dia biasa- biasa je. Memang jenis kain murah. So, tak hairan la kalau dia jual murah.

          Harga sepasang baju melayu dalam RM40, baju kurung kain cotton pulak, RM50 sepasang dan macam-macam lagi la.

          Aku, mak, dan mak lang tak beli apa- apa pun. Kitorang datang cuma nak tengok- tengok je. Sesiapa yang nak beli baju untuk hari raya ni, boleh la berkunjung ke Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Batu 14, Hulu Langat. 

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Penduduk yang berkunjung untuk membeli belah


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

0 00 Orang Teruja:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...