08 October 2011

Sudah Sampai Ajal..

        Dah hampir 10 tahun mak aku jaga dia. Dulu dia kurus je. Bila mak jaga dia, dia jadi gemuk sampai tak larat nak angkat. Berat dia dulu lebih kurang 8kg. Dia adalah seekor kucing yang diberi nama "Comot"

       Hari ni, 7 Oct 2011 pada pukul 4.25 petang tadi, dia dah mati akibat sakit tua. Comot mati dalam perjalanan nak balik rumah sebab sebelum tu, mak bawak dia pergi klinik kucing. Aku tengok mata mak merah sebab menangis. Aku tak berkata apa. Mungkin dah ajal dia. 


      Comot ni manja dengan mak dan ayah aku. Dulu, kalau mak aku masuk tidur, dia mesti dah ada dalam bilik dulu nak tidur sama. Kalau mak tak bagi masuk, mulut dia bising je. Lepas ni,dah tak ada lah dengar suara comot minta air dekat bilik air sebab dia ni suka minum air yang mangalir, bukan macam kucing mak yang lain. 

      Aku nak tunjukkan gambar Comot, tapi kitorang satu family jarang ambik gambar dengan kucing sebab orang kata, diorang akan cepat mati. Tak tahu la, orang yang kata. huhuhu... Cukup la korang tahu yang badan Comot tu bertompok hitam dan putih.




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirimu dan maafkan aku jika aku pernah buat salah terhadap kau.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

07 October 2011

|CONTEST "SAYA CINTA SHAWL"|

               Assalamualaikum semua...


      Ziera ada join satu contest ni yang dianjurkan oleh Gorgeous Collection. "Saya Cinta Shawl" ni title contest tu. So, Ziera nak minta tolong anda semua yang baik budiman klik LIKE di Page penganjur dan LIKE gambar Ziera. Senang je kan. Terima kasih atas perbantuan anda.. ^_^



1) LIKE Page Gorgeous Collection


2) Klik gambar ni untuk LIKE gambar ziera.




     Lagi satu, Ziera nak mempromosikan satu tempat penginapan yang sangat special bila anda berada di Pahang iaitu "Embun Homestay Jerantut". 


     Embun Homestay menyediakan penginapan yang bersih, selesa dan lokasi yang strategik di bandar Jerantut. Dikhaskan untuk Muslim sahaja. Semuanya lengkap seperti berada di rumah sendiri. Sesuai untuk bercuti bersama keluarga, rombongan pengantin, sekolah asrama, kerja luar kawasan, berehat dan bermalam semasa dalam perjalanan atau bercuti di Taman Negara.


     So, kalau anda rasa nak bercuti di pahang dan tiada tempat untuk menginap, boleh la berkunjung di Embun Homestay Jerantut ni.


Maklumat lanjut, boleh LIKE di laman Facebook atau layari Blog ni. 
p/s: Jangan lupa LIKE gambar contest Ziera tau.. Thanks.. (^__^)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

06 October 2011

Hurray.. MERDEKA !!

ALHAMDULILLAH...


          Selesai sudah Final exam untuk Sem 2 AC110 hari ini, 5 Oct 2011 pada pukul 12 tengah hari. Hurray...!!! Sem depan dah naik sem 3. Tak sabar rasanya nak grade. heheh..

         Sebulan cuti sem ni aku nak tidur puas-puas sebab hobi. hahaha Gurau je. Tak kan dapat la nak tidur banyak kalau aku balik rumah sebab kena tolong mak buat kuih untuk meniaga. Jangan suka sangat Ziera. Baru sem 2...


       Apa- apa pon,aku dah lega sebab dah habis exam. Tinggal tunggu result je. Cuak la memikirkan macam mana nak mengahdap Student Portal UITM masa nak tengok result nanti. Harap- harap ok dan tidak mengecewakan. Amin~~


Yeahhhh!!! Nak tengok movie, main game, facebooking dan blogging.!!!!!!(^___^)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

05 October 2011

Terkehel

         Malam semalam aku tidur pukul 2 pagi selepas aku dengar rancangan 'Misteri Jam 12' kat siaran radio Ria 89.7FM. Bangun pagi tadi, leher sebelah kiri aku sakit sangat. Bila pusing, dia rasa tegang. Bagitahu dengan kawan- kawan, diorang kata,aku salah tidur. Arghh.. sakit tau. Dah la esok last paper untuk final exam aku.



        Dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 6 petang aku duduk kat library dengan adah, dayah, bella dan emy study FAR 150 ( Financial Account) untuk esok, 5 Oct. Kepala aku masa study teleng je. Nak pusing kepala, dengan badan- badan sekali kena ikut.


       Aku call mak bagitahu aku sakit leher. Dia kata, malam nanti dia datang nak urut. Nasib baik kolej aku dengan rumah xjauh sangat. Pukul 9.30 dia datang urut leher aku dalam kereta. Sakit ooOOO... Tahan je la. huhuhu. Lepas urut, dah ok. Tapi lama- lama, sakit balik. Harap- harap, esok pagi dah elok. Amin ~


 Ok la, aku nak sambung study balik. Banyak lagi tak cover ni..hehhee... Nak tengok kepala aku bila sakit leher macam mana? 









Hehehehehe... ^_^



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

04 October 2011

Cerita Seram

        29 Oct lepas, aku buka Youtube. Aku cari "kisah-kisah seram". Keluar la macam- macam video. Aku download 5 - 6 video dan bila dah selesai, aku dengan budak bilik aku,dengar sama-sama.

        Video tu suara dari radio je. Seram gak la. Waktu kitorang dengar tu, dalam pukul 12.30 pagi. Waktu "Misteri Jam 12" ke udara mula pada pukul 12am-2am. Kitorang teringin nak dengar kisah tu live dari radio. Rupanya, tu siaran radio Singapura, Ria 89.7FM. So, aku pon cari la siaran tu.


      Cari punya- punya cari, jumpa juga akhirnya. Kitorang pon dengar la sampai habis siaran tu. Seram sejuk gak kitorang dibuatnya. Heheheh...

Kalau korang nak dengar, korang boleh tekan link kat bawah ni.
Radio online >> Ria 89.7FM(Isnin - Jumaat, 12am-2am)
Blog >>Misteri Jam 12







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

03 October 2011

Tidur Waktu Exam

     Semalam (2 Oct, Ahad) aku ada exam paper MGT 153. Aku ni jenis orang yang suka buat kerja last-last minit. So, Sabtu petang nya, aku study dengan kawan aku Adah. Dia ajar sikit-sikit apa yang aku tak faham. Kitorang habis study pukul 8 malam.

     Lepas study, aku makan malam dengan budak2 bilik aku kat bilik. Aku start study balik dalam pukul 10.30 malam. Tu pon bkn nye study sangat. Mengelamun je. Sampai la pukul 5 pagi. Baru aku tidur. Exam start pukul 9am - 12pm. Bape jam je dapat tidur. Memang parah dibuatnya.


     BF aku kejutkan aku pukul 7am. Bertalu-talu dia call, takot aku terlambat bangun. Dah siap semua, 8.30,aku gerak pergi student centre dengan bella. 30 minit yang pertama,aku cool lagi. Lepas tu,baru la aku rasa mengantuk sangat. Argghh, pening kepala aku waktu tu. Tak cukup tidur la kata kan.







      Aku selalu je tidur lambat waktu exam. Tapi entah kenapa, aku rasa mengantuk sangat masa jawab paper MGT tu. Baru la aku tahu kenapa motivator tak galak kan pelajar tidur lewat masa exam. Ni la akibatnya. Dah la aku tak tahu ape yang aku jawab.. huhuhu...


     Apa- apa pun, aku harap aku LULUS dalam subjek ni. Takut kot kalau kena repeat. Nightmare aku dibuatnya..


p/s: Korang pon jangan tidur lewat masa exam tau.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

01 October 2011

Anak Buah Kesayangan Ku

         Abg aku ada 3 org anak. Yang pertama Danial, 10 tahun, kedua Dayana, 7 tahun dan ketiga Humaira, 3 tahun. Aku paling sayang dan rapat yang bongsu. Dia tu comel sangat aku cakap dengan korang sebab tu aku geram sangat dengan dia.

        Aku panggil dia Umaiya. Dia ni suka bergambar macam makcu dia gak. hehehe. Kalau aku pegang handphone je, mesti dia suruh aku tangkap gambar dia. Aku pon layan je la kerenah dia.


       Aku kan duduk hostel. Seminggu sekali aku mesti balik rumah. Kalau aku balik, dia mesti panggil aku, 'MAKCU'...


       Rindunya aku dengan dia sekarang ni. Semalam aku call mak aku. Mak aku cakap Umaiya masuk Hospital Selayang sebab dia batuk tak henti-henti.  Sedihnya aku dengar.


      Pukul 9pm tadi, aku call kakak ipar aku. Dapat lah bercakap dengan Umaiya sekejap. Happy je suara dia. Dia cakap dia baru lepas makan la, itu la, ini la. Tersenyum je aku dengar. Aku sedih bila dia tanya, "Bila makcu nak datang tengok Umaiya?" Sedih tau. huhuhuh.. :'(


    Korang nak tengok gambar Umaiya?? Ni ada sedikit gambar- gambar dia.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

22 September 2011

Header Baru

         Orang lain sibuk tidur dan study untuk final exam,aku sibuk betul kan blog aku.. hehhe... Tak kisah la... Asal kan aku puas... heheh


         Aku belajar buat header ni daripada tutorial blog Awek Comel Ni !!!  Terima kasih ye sys Lyssa.. So, itu la hasil nye...



         Apa pendapat korang tentang header, background dan segala benda dalam blog aku ni?? Yang lama?? Aku guna combination gambar- gambar aku je.





         Memang banyak aku kena betul kan.. Tapi,esok2 la pulak, sebab mata aku dah ngantuk .. Pukul 9 pagi ni dah la aku ada exam BEL 260.. arghhhh... Sembab la mata aku nanti...


         Apa2 pun, korang tolong2 la komen apa2 yang patut untuk diperbaiki ye...


Mau tidur.. Tata... =D
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

16 September 2011

Memenatkan Kaki dan Membuang Duit ~~

    Penatnyeeee...!!! Baru balik dari Times Square bersama dormmate.. Kitorg bertolak dari kolej pergi sana pukul 11am naik Bas pergi Chow Kit.  Pastu naik Monorail sampai TS.. Byk pulak stesen kitorg..heheh



    Kitorang tgok wayang citer The Smurfs yg comel tu pukul 12.50pm.. Kelakar and Best citer dia..Lepas tgok wayang,kitorg g isi perut kitorg yg tgh kelaparan tahap gaban sebab dari pagi xmakan,..Aku dan Yana makan Subway. Qila pulak makan McD..

     Lepas makan, kitorang jalan2 cuci mata.. Aku beli Pashmina warna PURPLE dan Beg Mekap polka dot warna PINK PUTIH.. Kitorg tawaf TS tu ade la dlm 10 kali.. Naik turun, Ke hulur ke hilir.. Dah la aku dgn Yana pakai kasuk "Wedges".. Lenguh kaki kitorg...
    
     Balik pulak, kitorang jalan kaki pergi LRT stesen Hang Tuah nak ke stesen Bandaraya.. Sampai je depan Sogo, kitorg tunggu bas U10.. Hujan selebat- lebatnya... Nasib baik hujan masa nak naik bas.. Kalau hujan masa jalan kaki tadi, tak ke parah...ish3...
    
      Dalam pukul 6.15 tadi, baru sampai kolej.. xsempat mandi lagi, terus update blog... Nak bagi korang tgok gambar2 kitorg..Tu yang dok kalut ni..heheh... Jgn JELES,...



Dalam Bilik Sebelum Gerak
Tunngu Bas
Ayu Tak Kami?? Hahhaha
Yana & Aquila
Posing Dulu..

S A W A N

Depan Pintu Penjara Pudu..( boleh gak)

Tunggu Bas Nak Balik

SssssHhhhhh







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

15 September 2011

Aku Hanya Menumpang ~~

      9 Sept 2011 lepas, aku join dinner yg dianjurkan oleh Unikop Business Club..Tema dinner tu Masquerade Ball.. Ala2 org puteh gitu.. Walaupun aku budak Akaun ,tapi teringin jugak nak pergi event2 yg macam tu..hehe


      Malam tu aku dress up macam event tu event cos aku pulak.. Padahal MENUMPANG je..hahah.. Tak kesah la..asal kan VOUGE & GORGEOUS ...


    Dinner tu buat dekat De Palma Hotel, Ampang pada pukul 8pm.  Sebagaimana yg kita tahu, Ampang mmg popular dgn jln jem pada waktu petang. Sebahagian pelajar pergi sana menaiki 2 buah bas. Aku pulak naik kereta dgn kawan2 aku. 6.35pm, bas xsampai2 lagi. Kitorang yg naik keretani,gerak dulu.. Jalan jem dari shell sblum  bukit antarabangsa sehingga kuil berhadapan Flamingo tu. Rupanya ade lori rosak kat tgh2 jlan..adoi...

     Kitorg sampai dalam pukul 8.15pm. Disebab kan ramai naik bas yg xsampai lagi, dinner tu mula bila semua dah ada dlm dewan.. Lama gak la tunggu.. dah la tgh lapar.. Pukul 9.45 baru start, tu pon bkn leh mkn lagi...

     Menu yg disajikan ialah Nasi Putih, Ayam Masak Lada Hitam Sayur Brokoli, Sotong Masak (ape ntah) Spaghetti, Mushroom Soup, Buah- Buahan & Pencuci Mulut.. Banyak kan?? Banyak aku mkn malam tu..huhuhuh..Peduli apa.. Dah byr mahal2, makan sikit,ape celop...hahah...

    Ni serba sikit gambar masa kat sana...


Dormmate~~ Dari Kiri( Fatin, Aqila, Aku &  Yana)


Satu Meja

Yana & Me

Hero & Heroin

Posing Dulu






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Kini Kembali !!!

        Rasa nye belum terlambat lagi nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin' walaupun hari ni dah 16 Syawal.. Wah, dah lama giler xupdate blog ! Hangat2 tahi ayam je dulu.. hehehe...




       Amacam raya korang??  HAPENING? byk g OPEN HOUSE?? Tahun ni, xberapa meriah sgt la... sebab xbyk g umah sedara mara..huuhhu... sedih.. =( yg paling PENTING, final exam dah nak dekat... arghhh.... mcmne ni hazierah?? boleh ke?? erm... HAZIERAH BOLEH...!!! YEAHHH =D


bawah ni ade sikit gambar2 yg diambil masa awal2 raya hari tu... hehehe...


FAMILY SAYA!!!


Adik Beradik Mak

Cucu Cicit Atok Ali
Raya Ke-3


Sedondon tak?? Mak & Anak..
Raya Ke-6

Mak aii.. Tebalnya mekap.. hehehe



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

04 February 2011

~ CONTEST BERGAYA DENGAN DRESS ~

Masuk ni,dah 4 kali ziera masuk contest dalam internet.. So,kali ni ziera nak join "CONTEST BERGAYA DENGAN DRESS" yg dianjurkan oleh Beautiful Bundle Dress...Tahu tak sebab ape ziera berminat sgt nak join??? Sebabnya,hadiah yg ditawarkan tersgt la BEST...NAK TAHU???



-> Pemenang akan menerima Satu Dress Dinner dari Dresskami_boutique (mengikut saiz) ,satu camisole cantik , Klip Ribon cumel dan 3 helai shawl Dari Sofia Aflah Tudung. Menarik kan!!!!

Tu sebab ziera nak join...Kalau ada rezeki ziera,dapat la ziera merasa hadiah2 tu semua..Amin~~
So,sebelum ziera menjamu mata2 korg dgn gambar ziera yg GEDIK2 ni,ziera nak cerita sikit tentang gambar ni..


  Gambar ni disnap pada 28 Jan 2011 di I-City Shah Alam pada pukul 1.00 pagi..hahahha
Ni la pertama kali ziera pegi photoshoot dgn photographer2 yg berkaliber,,huhuh..Macam kayu kan..
Baju tu pon baju murah.( opss...terlepas plak..) baju tu ziera beli kat KEDAI BUNDLE tahun lepas masa dapat gaji kerja part time..xthu nak pakai baju apa,tetiba teringat ade baju ni..
Apa lagi,ziera melaram la mlm tu..huhuuh..Tapi maaf la,gambar separuh je sbab tak ade gambar full.Tak dapat nak tunjuk full dress ziera..huhu(sedih) NAK TENGOK???

   Tema: Princess (Snow White)
Photographer: Edone Shahir



Yang seterus ni pulak,gambar ziera sewaktu ziera join event Sista Gathering yg dianjurkan oleh Sista Modeling pada 9 Jan 2011 di Felda Villa House,Keramat. Kat sini pon ade photoshoot jugak..tapi xbyk sgt pon. Sorg dpt 5 shoot je. Dlm 5 tu,ziera paling suka yg ni. ziera pon xthu kenapa. Sista ade tetapkan tema iaitu Pink Yellowish. Tapi ziera mcm xikot tema je..hehehe.. Korg tgok la sendiri..

Tema: Gorgeous
MUA: Sendiri
Photographer: Adie Zhafran


Ziera harap,2 gambar ziera ni dpt menambat hati anda semua terumata Pengurusan Beautiful Bundle Dress...Terima Kasih.. =D
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ziera. Jangan Lupa Komen dan Like Ye ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...